10 Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih | Bukan semua percintaan akan berakhir dengan kegembiraan seperti yang diangankan. Kalau tidak, masakan ramai yang frust menonggeng kat luar tu. Anda pernah di tinggalkan kekasih? Bagi sesiapa yang belum tu bolehlah mengangkat tangan tanda syukur tapi yang dah pernah laluinya, bagaimana pulak? Melukakan hati kan? tak percaya? Tanya pada sesiapa yang ada pengalaman. Silap hari bulan ada yang serik nak bercinta. Hidup solo lagi bagus.
Apa-apa pun setiap hubungan mesti ada pasang dan surutnya. Tapi kalau asyik surut je.. anda dalam bahaya tu.. Kali ini kami akan memberi beberapa tip tanda-tanda awal yang orang tersayang nak meninggalkan anda. Sila-silakan la..
1. Bila nak ajak keluar dating, macam-macam alasan yang dia beri.. tak sihatlah� mak ajak keluar makan la� jiran dia kena culik la. Pendek kata 1001 alasan dia beri pada anda dan sesetengahnya tu pula, alasan memang tak masuk akal langsung.. Jadi tak reti-reti lagi?
2. Masa tengah hangat bercinta dulu bukan main romantik lagi, mulut tak pernah lekang dengan ungkapan sayang, rindu, cinta dan sebagainya. Lepas tu pulak kalau membahasakan diri mesti guna perkataan yang manis, manja seperti sayang, baby, honey, darling dan yang seangkatan dengannya. Tup-tup sekarang ni dah bertukar pulak. Kadang-kadang terdengar dia bahasakan diri �kau aku� je. Lagi best kalau tiba-tiba kita dengar dia panggil �woi!� je. Tu memang dah bengang la dengan lu la tu. hahaha.. angkat kaki la.. apa lagi.
3. Gambar anda tidak lagi menjadi salah satu barang berharga dalam dompetnya atau di meja bilik tidurnya. Lagi teruk bila gambar yang pernah anda beri pada dia tu, anda jumpa di bawah katil, dalam bonet kereta atau tengah lelong kat mudah.my.. haha. Pendek kata merata-rata la dia letak.
4. Bila keluar dating, dia mula buat muka. Jadi pendiam tak banyak cakap, tidak ceria dan tak bersemangat. Lebih banyak menggunakan isyarat angguk dan geleng saja bila ditanya. Kerjanya kejap-kejap asyik tengok jam di tangan. Selalu nampak cemas dan gelisah. Lepas tu kalau dating tak suka di tempat yang tersorok dan jarang menjadi tumpuan. haaa� ada makna tu..
5. Tangannya tetap tak lekang dengan handphone, kejap-kejap tup tap tup tap layan sms. Lepas tu pulak kalau kita nak tengok handphone dia, macam-macam alasan dia kasi. Baginya handphone tu dah macam nyawanya sendiri. Bergaduh bagai nak rak pun tak apa, janji handphone diat tak jatuh ke tangan anda.
6. Waktu yang paling best baginya ialah bila tak keluar dating dengan anda. Waktu tu personalitinya terus berubah daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang periang. Baginya hari-hari tanpa anda di sisi adalah heaven yang teramat sangat.
7. Topik yang selalu dielakkan bila bersembang dengan anda ialah topik bertunang, kahwin dan cerita tentang perancangan bersama di masa hadapan. Pantang buka cerita itu saja, terus saja dia tukar topik lain. Tidak pun, dia buat-buat busy, baca paper.. tengok TV.. tengok kucing.. tengok langit..
8. Tiba-tiba je akhir-akhir ni dia selalu sangat bercerita tentang keburukan dirinya pada anda. Cerita tu pula semuanya cerita baru yang anda langsung tak pernah dengar sebelum ni. Lepas tu ada penambahan skrip kononnya dia ada penyakit yang tak boleh dirawat dan sebagainya. Ayat wajib yang dia kan kata ialah� �Awak carilah orang lain sebagai pengganti saya, kerana saya tak nak menghampakan awak di kemudian hari�.
9. Kalau dulu boleh bergayut di telefon sampai sejam lamanya tapi kini dan lain. Baru bercakap lima saat, dia dah mula buat alasan untuk hentikan perbualan. macam-macam alasan dia beri, jiran sebelah rumah datanglah.. adik menangis mintak susulah.. nak kena beri makan kucinglah.. kena angkat kain di jemuranlah.. pendek kata ada je idea dia. Hmmmm.. jadi, apa cer ni?
10. Suka cerita kosong je tak bercerita tentang kelebihan dan kehebatan teman-teman lelakinya yang lain. Sebenarnya kalau setakat apa, tapi ada kalanya dia sengaja buat perbandingan dengan anda, hinggakan ada ketikanya anda berasa begitu kerdil dan langsung tidak dihargai.
No comments:
Post a Comment