Tuesday, 19 August 2014

Haji Bukan Keutamaan Hidup


Haji Bukan Keutamaan Hidup | Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila melangkah sahaja 1 Syawal umat Islam sudah memasuki bulan haji. Kalau di Mekah sudah tidak ada lagi visa umrah dikeluarkan untuk persiapaan menerima jutaan jemaah haji. Ibadah haji merupakan Rukun Islam yang kelima yang menjadi kewajiban kepada semua umat Islam yang mampu.

MAMPU menjadi kata kunci kepada ibadah haji juga menjadi alasan kepada ramai umat Islam yang belum menyempurnakan rukun Islam kelima. Berapa ramai di kalangan umat Islam yang menjadi ibadah Haji sebagai matlamat paling utama dalam senarai kejayaan hidup mereka. Ramai yang menjadikan kereta idaman, rumah impian dan lokasi pelancongan sebagai keutamaan sebagai tanda kejayaan sebuah kehidupan.

Berapa ramai pula di kalangan umat Islam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari sumber kewangan demi menyempurnakan rukun Islam kelima. Ramai di kalangan umat Islam mengutamakan impian dunia sebagai keutamaan berbanding ibadah haji sebagai keutamaan terakhir dengan alasan usia muda dan belum sampai seru. Tidak ramai yang berfikir bahawa ibadah haji adalah pembuka berbagai pintu rezeki kerana lebih ramai menyangka ibadah haji akan menyebabkan berkurangan duit simpanan.

Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam � Surah Al Imran ayat 97

Adalah lebih baik kita sama-sama membetulkan matlamat hidup dengan mengutamakan mengerjakan haji sebagai keutamaan sebelum impian lain seperti rumah banglow, kereta mewah dan melancong ke destinasi idaman. Kita kena mengubah cara fikir bahawa ibadah haji hanya untuk mereka yang sudah berusia tua sahaja. Di negara lain majoriti jemaah haji ramai yang berusia muda kerana haji sememangnya memerlukan tenaga dan fizikal yang kuat.

Sekarang untuk pakej muassasah Tabung haji kita perlu menunggu berpuluh tahun untuk mendapat giliran tetapi itu bukan sebagai alasan. Selain pakej muassasah Tabung Haji ada pakej travel haji yang disediakan setiap tahun cuma  kos perbelanjaan lebih mahal. Kalau kita boleh menghabiskan beratus ribu untuk cita-cita dunia kenapa tidak kita habiskan nilainya sama untuk menjadi tetamu ALLAH.

Mungkin kita terlupa sekali kita melangkah dekat pada ALLAH beribu kali langkah ALLAH mendekati diri kita. Begitu juga apabila ibadah haji menjadi keutaman hidup kita sudah pasti ALLAH akan melihat niat kita untuk menjadi insan yang sempurna dengan memberi berbagai pulangan yang tidak pernah kita sangka-sangka.

Kita boleh bagi seribu alasan untuk melambat-lambatkan ibadah haji tetapi ingat pesan Rasulullah SAW seperti di bawah �..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- �Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) �Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah�. (Riwayat � Turmizi)

Selamat mengerjakan haji kepada yang bakal terpilih menjadi tetamu ALLAH kepada yang belum ada niat, pasang niat dari sekarang dan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat menjadi tetamu ALLAH. Jangan sesekali memberi berbagai alasan pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment