Kelebihan Madu Lebah | Banyak kelebihan madu lebah yang ramai orang tidak tahu. ramai yang tahu akan sedap dan manis nya madu sahaja. Di sini saya kongsikan beberapa kelebihan madu lebah.
Berikut merupakan kelebihan Madu Lebah:
1)Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
2)Membersih dan menambah darah.
3)Mengelak cacing perosak dalam perut.
4)Menambah kelazatan makanan.
5)Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
6)Mudah dan cepat diserap oleh badan.
7)Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
8)Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
9)Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
10)Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
11)Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
12)Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
13)Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
14)Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.
Cara Mengetahui Keaslian Madu Lebah:
1)Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
2)Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
3)Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
4)Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli,ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
5)Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan.Madu asli akan membentuk bulatan.
6)Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu.Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
7)Titiskan setitis madu ke atas kertas.Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
No comments:
Post a Comment