Monday, 15 September 2014

KISAH BENAR Keadaan Jenazah Penuntut UMT


KISAH BENAR Keadaan Jenazah Penuntut UMT | Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Maha benarlah firman Allah,

Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah. 

[Ali �Imran: 167-170]

Begitu juga hadith Nabi saw,

Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,"Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya" (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

Dua Lagi Prosedur Sebelum Pembedahan hati Arshad Bermula


Dua Lagi Prosedur Sebelum Pembedahan hati Arshad Bermula | KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga minggu berada di Hospital Universiti Singapura (HUS), hanya tinggal dua lagi prosedur sebelum bayi yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah Antashah (16 bulan), boleh menjalani pembedahan hati.

Bapanya, Antashah Mohd Nor berkata, buat masa ini, Arshad perlu menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan memasukkan endoskop ke dalam badan (OGD).

"Buat masa ini, Arshad perlu menjalani lagi dua prosedur sebelum disahkan betul-betul sihat untuk menjalani pemindahan hati, iaitu MRI dan OGD, yang akan dijadualkan minggu hadapan.

"Selasa lepas, Arshad buat dua prosedur yang memerlukannya anestetik am (bius yang bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan pesakit tidak sedar)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

Arshad sebelum ini dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 untuk membiayai kos rawatan pemindahan organ yang akan dilakukan di HUS.

Walau sedar pembedahan itu memerlukan kos besar, Antashah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terus berusaha untuk mencari dana dengan pelbagai cara, selain menyatakan kesanggupan untuk memberikan sebahagian hatinya demi melihat melihat anak keduanya itu kembali sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.

Dalam pada itu, doktor juga akan membuat pemeriksaan pergigian dan melakukan pembersihan kaviti.

" Disebabkan pendarahan senang berlaku, doktor nasihatkan Arshad harus membuat pemeriksaan itu untuk mengelakkan kesakitan dan risiko selepas transplan.

"Alhamdulilah, gigi Arshad tidak ada masalah kecuali perlu dibersihkan dan ditampal sedikit," jelasnya.

Ujarnya, prosedur kedua yang sudah dibuat adalah mengeluarkan air daripada perut Arshad.

"Biasanya, doktor boleh buat mengikut rutin dan tidak memerlukan ubat bius.

"Tetapi kerana perut Arshad terlalu besar, doktor memerlukan mesin ultrasound untuk memastikan tempat yang ditebuk tidak mengganggu mana-mana organ dalaman, terutamanya hati," katanya.

Tambah Antashah, Arshad juga perlu melalui proses pemindahan darah sebanyak tiga beg selain penambahan platlet darah.

"Perkara yang tak disangka, Arshad dijangkiti bakteria dalam darah daripada proses itu dan timbul ruam-ruam yang besar.

"Setakat semalam, Arshad mengalami demam sehingga 40.1 selsius dan dinasihatkan untuk mengambil antibiotik yang lebih kuat bagi merawat bakteria dan virus yang menyerangnya," jelasnya.

?Dalam pada itu, ketika ditanya tahap kesihatan Antashah sendiri, ini katanya;

"Saya dalam proses menjalani ujian MRI. Kedua ujian darah dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

"Terdapat petunjuk positif saya sebagai penderma buat masa ini."
?
Kata Antashah lagi, proses untuk pemindahan hati Arshad agak kompleks berbanding pesakit lain kerana banyak perkara perlu dipastikan sebelum disahkan sesuai untuk menjalani pembedahan.

"Dari tulang belakang, gigi, paru-paru dan bebas dari demam selain berat badan ideal barulah semua pakar akan berbincang dan menentukan tarikh yang sesuai buat Arshad," ujarnya.

Antashah memberitahu, dana pembedahan Arshad juga masih belum mencukupi, selain kini menggunakan sumbangan sedia ada untuk membiayai kos rawatan dan pemeriksaan sebelum pemindahan hati.

"Memang masih belum cukup, kita berdoa dana untuk pembedahan nanti mencukupi pada saatnya. Maklumat juga boleh diperolehi melalui https://www.facebook.com/Arshadimanshah,
#donateRM1forbabyarshad, #donatemoreRM1forbabyarshad dan #donateandsavebabyarshad," katanya.


Nak Tau? Kesan Selepas Seorang Perokok Tegar Berhenti Merokok!


Nak Tau? Kesan Selepas Seorang Perokok Tegar Berhenti Merokok | Hanya perokok tegar saja yang berdepan masalah untuk berhenti walaupun sedar terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti. Hanya golongan perokok tegar saja yang sanggup mengetepikan segala maklumat yang mereka ketahui mengenai bahayakan merokok kerana masing-masing sukar untuk berhenti.

Walaupun pelbagai kenyataan sudah dibuat pihak berkuasa kesihatan mengenai bahayanya, semua buat pekak dan buta saja kerana hanya mereka saja tahu betapa susahnya untuk berhenti dan meninggalkan tabiat menghisap rokok dan kepuasan menghembuskan kepulan asap dari mulut.

Tapi saya ingin berkongsi satu fakta menarik mengenai kesan dan perubahan yang berlaku kepada kamu yang mencuba untuk berhenti. Kami lakukan secara berperingkat dan susunkan perubahan yang berlaku secara terperinci untuk panduan kamu.

Selepas 20 minit kamu berhenti merokok yang terakhir, tekanan darah dan kadar denyutan nadi akan kembali pada paras normal, pengaliran oksigen meningkat dan aliran darah berjalan lancar. Baguskan? Lapan jam selepas berhenti merokok terakhir, kandungan karbon monoksida di dalam sistem tubuh kamu akan tersingkir 100 peratus dan digantikan dengan oksigen untuk darah berjalan seperti normal.
Seharian atau 24 jam selepas berhenti merokok terakhir, risiko kamu untuk diserang sakit jantung mula berkurangan malah kadar denyutan jantung, tekanan darah dan pengoksigenan darah juga kembali normal. Dalam tempoh dua hari atau 48 jam selepas berhenti merokok terakhir, saraf yang lemah akan kembali normal, deria hidu dan rasa juga akan kembali pulih seperti biasa.
Satu hingga sembilan bulan selepas berhenti merokok terakhir, kamu mula perasan anda sudah tidak lagi batuk. Masalah hidung tersumbat dan keletihan sudah tidak ada. Paru-paru menjadi aktif dan tidak lagi mengalami sakit dada.

Ini mungkin sukar tapi tak salah kita kongsikan sekiranya kamu berjaya berhenti merokok sepanjang tempoh setahun, risiko diserang sakit jantung berkurangan berbanding rakan kamu yang hanya merokok suka-suka. Lima hingga 15 tahun selepas berhenti merokok terakhir, kamu tidak perlu risau diserang strok.
Sepuluh tahun berhenti selepas merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan. Malah kanser lain seperti mulut, kerongkong, pundi, buah pinggang dan pankreas ternyata menurun.
Bergelar perokok tegar tapi sudah berhenti mungkin masih berisiko untuk mendapat kanser tetapi sekurang-kurangnya, tindakan kamu berhenti merokok sekarang mampu membantu menurunkan sedikit risiko pendek umur ini. Menakutkan bukan? Tapi itulah fakta dan realitinya.

Justeru apa kata gantikan rokok kamu dengan gula-gula kunyah lebih berbaloi selain boleh menjadikan muka awet muda.

Sumber

Sunday, 14 September 2014

Mata Adalah Jendela Kesihatan Anda


Mata Adalah Jendela Kesihatan Anda | Pepatah mengatakan bahawa mata adalah jendela jiwa. Secara perubatan, mata adalah jendela kesihatan anda. Keadaan mata anda dapat memberikan petunjuk mengenai penyakit apa yang mungkin mengganggu kesihatan anda. Mata adalah satu-satunya tempat di tubuh di mana saraf, arteri, dan urat kelihatan "telanjang" tanpa perlu pembedahan apapun. Proses penyakit yang tampak di mata mungkin berlaku di seluruh tubuh, sehingga tanda-tanda penyakit dapat dilihat di mata jauh sebelum gejala lain muncul. Itulah mengapa para ahli mata mengesyorkan pemeriksaan mata secara berkala, terutama selepas anda berusia 40.
Banyak keadaan di mata yang hanya dapat diketahui melalui pemeriksaaan oleh pakar mata, sebahagian lain dapat kita lihat sendiri. Berikut adalah enam tanda penyakit di mata yang dapat kita lihat sendiri:

1 Mata menonjol
Sebahagian orang lahir dengan mata menonjol seperti melotot. Keadaan tersebut normal apabila tidak mengganggu fungsi mata. Bila mata anda menonjol tidak sejak lahir maka boleh menjadi petunjuk dari suatu keadaan perubatan yang serius. Selain kerana glaukoma, mata menonjol dapat merupakan tanda penyakit Graves (sejenis hipertiroidisme). Gejala lain penyakit Graves adalah penurunan berat badan dan nadi cepat atau tidak teratur. Mata menonjol juga boleh menjadi tanda hipertiroidisme oleh sebab lain dan penyakit kanser seperti leukemia dan neuroblastoma.

2 Cincin abu-abu di sekitar kornea
Cincin abu-abu di sekitar kornea adalah tanda penuaan. Istilah perubatan keadaan tersebut, arcus senilis , secara harfiah bererti busur penuaan. Perkembangannya pada awalnya seperti busur sebelum kemudian menjadi bulatan penuh. Itu adalah keadaan biasa seperti halnya rambut yang berubah menjadi abu-abu (beruban) oleh penuaan. Namun, bila anda masih muda dan sudah mempunyai arcus senilis , anda perlu mendapatkan pemeriksaan kolesterol. Busur abu-abu di sekitar kornea boleh disebabkan oleh deposit kolesterol / lipid. Arcus senilis di usia muda sering berkaitan dengan kadar kolesterol darah yang tinggi, yang meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

3 Kanta Mata keruh
Katarak adalah penyakit di mana lensa mata menjadi keruh atau buram, menyebabkan penurunan daya penglihatan. Kebanyakan katarak terkait dengan penuaan atau cedera pada jaringan yang membentuk lensa mata. Katarak yang timbul di usia yang lebih muda dapat disebabkan oleh kondisi lain, seperti tumor, diabetes, dan efek samping obat-obatan yang diminum dalam jangka lama.

4 Bulu mata gugur
Keguguran bulu mata boleh disebabkan oleh beberapa keadaan, termasuk penyakit kulit, kesan sampingan ubat, gangguan endokrin, kelainan metabolik, keradangan, racun, dan penyakit sistemik. Kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal juga boleh muncul di kelopak mata, di mana seringkali menyebabkan rasa sakit yang tidak kunjung sembuh dan keguguran bulu mata.

5 Kelopak mata atas layuh
Kelopak mata atas yang layuh ( ptosis ) adalah keadaan yang tidak boleh dianggap remeh. Bila anda mendapati keadaan tersebut, segeralah berunding dengan doktor. Ptosis boleh disebabkan oleh sindrom Horner, miastenia gravis, atau gangguan saraf dan otot lain. Penyakit-penyakit itu menyebabkan saraf dan otot di kelopak mata tidak berfungsi dengan baik.

6 Pembuluh darah mata meregang / bocor
Pembuluh-pembuluh darah di retina mata yang meregang dan menonjol dapat menjadi tanda tekanan darah tinggi. Perdarahan kecil di pembuluh-pembuluh darah retina dan deposit kekuningan lemak darah dapat menjadi tanda diabetes. Kondisi tersebut dikenal sebagai retinopati diabetik, yang dapat mengganggu penglihatan dan bahkan menyebabkan kebutaan.

10 Golongan Manusia Yang Solatnya Tidak Diterima Allah


10 Golongan Manusia Yang Solatnya Tidak Diterima Allah | Didalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W. Namun, beringatlah ada 10 golongan yang tiada diterima solatnya. Di bawah merupakan 10 golongan yang tidak diterima solatnya. Semoga kita ambil pedoman dan berdoa agar amalan-amalan baik kita diterima dan dirahmati oleh Allah SWT.

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim

9. Orang-orang yang suka makan riba�.

10. Orang yang solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.�

Adakah anda telah selesai membacanya ? Mari kita sama-sama muhasabah diri dan boleh sebarkan kepada semua untuk pelaburan pahala diakhirat kelak.

Renjer Hutan Kongsi Kisah Misteri


Renjer Hutan Kongsi Kisah Misteri | KENINGAU - Satu cara untuk menarik Kho Ju Ming, 45, berbual dengan rancak ialah dengan membawa topik keajaiban alam semula jadi Sabah terutama hutan hujan tropika yang belum diteroka.

Apapun beliau seorang renjer hutan berdedikasi yang menghabiskan seluruh hidupnya meneroka pedalaman Sabah dan kubu terakhir kawasan hutan yang belum diteroka terutama di Lembangan Maliau dan kawasan Pemuliharaan Ngarai Imbak. 

Dalam melaksanakan tugasnya yang mencabar, renjer kanan hutan Yayasan Sabah itu melalui pelbagai pengalaman yang menarik dan pelik termasuk bertembung ular tedung selar yang besar di Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau (MBCA).

Apabila beliau menyertai Kajian Sumber dan Kehidupan Liar di MBCA tahun lalu, yang dikenali sebagai 'Sabah Lost World�, pipi Kho bengkak akibat disengat lebah liar.

Pada 2012, Kho bersama tiga rakannya ditugaskan menyiasat laluan yang digunakan pengumpul gaharu untuk memasuki MBCA secara haram tetapi perjalanan mereka hampir berakhir dengan tragik apabila bot yang dinaiki mereka melanggar ketulan batu besar.

�Akibat pelanggaran itu seorang daripada kakitangan saya terhumban ke dalam arus deras sungai namun kami bernasib baik dapat menarik beliau," katanya kepada  Bernama.

Kho juga mengingat kembali pengalaman misteri pada 2005 semasa di lokasi tertentu dalam kawasan MBCA.

�Ketika itu hujan renyai-renyai dan saya sedang melalui kawasan gaung apabila tiba-tiba saya nampak lembaga seperti manusia berpakaian putih "terapung". Buat beberapa ketika saya hanya merenung dengan agak gemuruh objek pelik itu sebelum ia hilang.

�Seminggu selepas insiden pelik itu, satu lagi kumpulan MBCA dan kakitangan Yayasan Sabah termasuk tiga wanita, yang berada di tempat yang sama namun ketiga-tiga wanita itu �kena rasuk�. 

�Perkara pelik ialah, seorang daripada wanita itu mendapati dia melakukan satu aksi yang sukar dipercayai iaitu dengan mengangkat tunggul kayu besar manakala dua lagi berasa terganggu dan gelisah apabila mendengar bunyi riang-riang," kata Kho sambil menambah insiden itu dilaporkan kepada beliau.

Sekitar tahun 2003, Kho mengalami satu lagi kejadian pelik semasa mengiringi penyelidik dari Denmark yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan di MBCA.    

�Apabila tiba waktu malam, angin kuat tiba-tiba melanda, sehingga satu atau dua batang pokok tercabut dan hampir menghempap kawasan perkhemahan kami.

�Yang peliknya, sehari sebelum kejadian itu, seorang daripada kakitangan saya bermimpi diberi amaran bahawa dia atau pasukan kami supaya tidak mendirikan khemah berdekatan dua pokok besar," katanya. 

Sebelum menyertai Yayasan Sabah sebagai renjer hutan, Kho, yang berasal dari Telupid, di pedalaman Sabah, merupakan seorang daripada anggota pengasas dalam pelaksanaan projek mengurangkan kesan pembalakan (RIL) di Sabah, terutama di Danum di Lahad Datu, Kalabakan di Tawau dan Kuamut.

Kho yang menyertai pelbagai ekspedisi hutan terutama di Lembangan Maliau dan kawasan pemuliharaan Imbak, kebanyakannya untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan tentang spesies tumbuhan serta mengiringi penyelidik dari negara-negara lain termasuk kajian berhubung badak sumbu di Lembah Danum.

Beliau berkata perjalanan paling sukar yang pernah ditempuhi ialah mendaki cerun curam Gunung Lotung setinggi 1,700meter, di lingkaran utara Lembangan Maliau.

Lembangan itu merupakan satu daripada siri struktur berbentuk piring di kawasan tengah dan tenggara Sabah.

MBCA, dan dua kawasan pemuliharaan Sabah yang lain, Lembah Danum dan Ngarai Imbak, adalah Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1 mengikut Enakmen Hutan, dan dilindungi daripada kegiatan pembalakan dan sebarang bentuk pemusnahan.

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah


Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah | Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." 

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.  Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. 

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." 

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu. 
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.    
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.   
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima : 

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 

Kanak-kanak Malaysia Maut Tercampak Airmax 360


Kanak-kanak Malaysia Maut Tercampak Airmax 360 | Polis Australia Selatan sedang menyiasat kematian kanak-kanak perempuan Malaysia yang terpelanting "seperti anak patung" dari permainan AirMaxx 360 petang semalam di Royal Adelaide Show.

Mangsa kemudian dirawat oleh paramedik dan dibawa ke Hospital Adelaide tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Malinda Dunwoodie, beliau berada hampir dengan permainan itu apabila terlihat kanak-kanak terbabit "terbang di udara".

"Ia amat mengejutkan - macam filem seram...semua orang menjerit," katanya kepada akhbar The Advertiser.

Permainan berukuran 15 meter panjang itu berbentuk labah-labah gergasi dan mampu membawa 24 orang pada satu-satu masa.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia memberitahu AFP bahawa pihaknya sedang berusaha dengan Konsul Kehormat di Australia Selatan untuk membantu keluarga terbabit.

Dalam satu kenyataan mereka berkata kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu dilaporkan melawat Australia dengan keluarganya.

Permainan yang beroperasi untuk kali pertama itu akan ditutup sehingga acara berakhir untuk siasatan, kata seorang pegawai agensi kesihatan dan keselamatan pekerjaan Australia Selatan (SafeWork SA).

Saturday, 13 September 2014

10 Amalan Yang Merosakkan Otak Hingga Anda Menjadi Pelupa


10 Amalan Yang Merosakkan Otak Hingga Anda Menjadi Pelupa |
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit �Alzheimer�.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

4 Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis


4 Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis | Perut yang kempis dan rata sememangnya menjadi idaman setiap wanita dan ternyata perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Ianya menuntut kerja keras dalam menjaga rutin senaman dan pengambilan makanan yang ketat.

Gaya hidup anda ternyata akan menentukan dan mempengaruhi ukuran lilitan pinggang dan sekaligus saiz celana anda!

Untuk itu, ayuh kuatkan semangat anda dalam memilih makanan yang berkhasiat dan cuba hindari 4 jenis makanan seperti yang dipetik dari Womenhealthmag.com ini:

1. Sayuran bergas
Terdapat beberapa sayuran yang mempunyai gas seperti brokoli, kubis, kalian dan lain-lain lagi. Namun, sayuran ini juga mempunyai banyat zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan dan seeloknya diambil dengan kuantiti yang lebih kecil.

2. Makanan yang diawetkan
Makanan ringan seperti kerepek, keropok dan juga makanan dalam tin mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan di sekitar kawasan lain. Hindari pengambilan makanan jenis ini agar perut kekal rata.

3. Minuman berkarbonat
Minuman soda atau berkarbonat sememangnya perlu dielakkan selama-lamanya. Selain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi, ianya juga terdapat gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut dan menyebabkan perut kembung serta membesar. Minuman terbaik adalah air putih yang membantu �membersihkan� perut sehingga menjadi kempis.

4. Pemanis buatan
Elakkan dari mengambil pemanis buatan yang kebiasaanya terdapat dalam hiasan pencuci mulut seperti kek. Tidak salah sekadar merasa dalam kuantiti yang kecil dan pastikan tidak mengambilnya dengan kadar berlebihan walaupun rasanya sedap dan lazat!

Selain menjaga pengambilan makanan, anda juga harus menjaga bentuk badan dengan sering bersenam secara rutin agar otot perut dapat terbentuk dan seterusnya menghalang ianya dari buncit.

Bahaya Sukan Pada Waktu Malam


Bahaya Sukan Pada Waktu Malam | Admin boleh tahu lah ramai antara kita yang memang bersukan pada waktu malam, ada yang pergi gym, main futsal dan bersukan pada waktu malam, tapi adakah kita tahu yang Bahaya Sukan Pada Waktu Malam ? Jom baca kenapa Bahaya Sukan Pada Waktu Malam.

Bahaya Sukan Pada Waktu Malam

KUALA LUMPUR � Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi �pembunuh senyap�.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

�Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

�Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,� katanya. -Kosmo!

Bersukan adalah suatu aktiviti yang digalakkan, malah ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran, disini apa yang dimaksudkan adalah jika bersukan dilakukan pada waktu diri anda dalam keletihan seperti kurang rehat dan sebagainya, mungkin risiko aktiviti sukan itu akan menjadi bertambah teruk.

Pastikan sebelum melakukan sesuatu aktiviti, dapatkanlah rehat yang secukupnya, pengambilan air yang banyak dapat mengurangkan anda terhidrat ketika menjalani aktiviti sukan.

Yang penting, mendapat rehat yang secukupnya sebelum melakukan aktiviti adalah kunci untuk mendapat kesihatan yang baik.

TERBARU!! Kertas Bahasa Inggeris UPSR Juga Bocor


TERBARU!! Kertas Bahasa Inggeris UPSR Juga Bocor | PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Sebahagian daripada soalan beserta jawapan kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 yang didakwa akan keluar dalam peperiksaan sebenar hari ini.
Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.
"Ia (set kertas peperiksaan) adalah soalan yang lengkap. Jadi kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bebas dan berprofil tinggi dengan mengambil kira keseriusan dan untuk melihat apa yang telah berlaku sebenarnya.
"Jawatankuasa ini bukan sahaja untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi juga memastikan perkara ini tidak berulang selain memberi pandangan kepada kementerian apakah langkah-langkah yang perlu diambil," katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor. Tarikh baharu ujian kertas itu ialah pada 30 September ini.
Petang tadi, Lembaga Peperiksaan mengumumkan ujian kertas Bahasa Inggeris itu akan turut diadakan pada 30 September.
Mengulas lanjut, Idris berkata panel jawatankuasa bebas itu akan dilantik berdasarkan mereka yang memahami aspek keselamatan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.
"Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa," katanya.

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh


Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh | Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?
Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: �Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?� Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  �(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).�

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: �akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.� (al-Adab al-Syar�iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna� (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  �Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.� 

Di dalam al-Mausu�ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: �Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha�� adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.�

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: �Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?�

Jawab beliau: �Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya �Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.� (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a�lam.

Friday, 12 September 2014

3 jalan yang diguna syaitan untuk tawan hati manusia


3 jalan yang diguna syaitan untuk tawan hati manusia | Seseorang hamba Allah SWT itu masih boleh terus melangkah dalam keadaan getir kerana didokong oleh harapan. Maka kerana itulah kita digalakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya diberikan kebaikan dunia dan akhirat.
  
Menjadi lumrah bagi seseorang itu bersandarkan harapan yang diberikan oleh Allah SWT sebagai motivasi meneruskan kehidupan, namun ada dalam kalangan kita yang tertipu dengan menaruh harapan melalui bisikan syaitan.

Program Pesona D�Zahra minggu lalu bersama Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menyambung perbincangan mengenai Manusia dan Harapan. Mengikut sejarah, manusia pertama disogokkan dengan harapan yang dibisikkan syaitan adalah Nabi Adam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
�Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua.� (Surah al-A�raf, ayat 21)

Tiga jalan lupakan manusia kejar akhirat
Kita perlu selalu sedar syaitan musuh yang sentiasa berusaha dengan muslihatnya menyesatkan dan memesongkan kita daripada jalan Allah SWT. Ustaz Muhamad berkongsi tiga jalan sering digunakan syaitan dalam usaha menawan hati manusia supaya berharap kepada dunia dan melupakan pencarian akhirat.
Tiga jalan itu ialah mencari puas hati, ketenangan dengan jalan maksiat dan kaya dengan jalan bakhil. Raja Namrud contoh yang dapat kita lihat sebagai manusia dibisikkan untuk tidak merasa puas hati. Namrud dikuasai perasaan tidak puas hati yang meluap terhadap Nabi Ibrahim.
Dinyalakannya api yang luar biasa marak dengan tujuan mendera dan menzalimi Nabi Ibrahim sekeras-kerasnya bagi usaha mencari puas hati.

Dalam konteks hari ini, apabila rumah tangga dilanda badai, kekerasan dan helah digunakan bagi menyakiti pasangan bagi mendapatkan perasaan puas hati. Sedangkan semua tidak pernah berjaya memberikan ketenangan hakiki bagi mereka yang menurut bisikan syaitan.
Andai ketika bermuhasabah diri kita mengesan adanya sifat mazmumah, kembalilah kepada fitrah kemanusiaan iaitu mencari ubat hati. Lazimnya mereka yang menurut hawa nafsu dalam perbuatan akan hanya menyebabkan lebih banyak kekecewaan dalam kehidupan.
Islam mendidik umatnya bersabar dan Allah SWT menjanjikan darjat yang tinggi kepada orang yang sabar serta bersedia memaafkan orang yang berbuat kesalahan terhadap dirinya. Itulah yang dikatakan sebagai ubat hati.

Orang hatinya jauh daripada mengingati kekuasaan Allah SWT, tidak berpegang dengan panduan hidup yang dibekalkan kepadanya menerusi al-Quran dan jauh daripada mengamalkan panduan ditinggalkan Rasulullah SAW melalui hadisnya.
Hati kosong mudah dipengaruhi syaitan
Ini mengakibatkan hati menjadi kosong dan sunyi, yang hanya memudahkan ia dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Fikiran dipandu suara negatif akhirnya menyebabkan perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat Islam.

Kesunyian dan kekosongan menyebabkan seseorang itu akan mencari-cari keseronokan atau hiburan dengan harapan untuk mengisi kehampaan akibat kesunyiannya. Tidak sedikit mereka yang mempunyai kedudukan atau pangkat tinggi, kelihatan zahir mempunyai kesempurnaan tetapi mencari ketenangan dengan jalan maksiat.

Mereka tercari-cari jalan untuk mengubat hati yang kosong dan tidak tenang. Ada yang mengambil dadah, minum arak, melanggan teman sosial, namun masih tidak membawa kepada ketenangan untuk mengisi hati yang kosong.

Orang dipengaruhi harapan daripada syaitan yang menjanjikan kekayaan itu datang dengan memiliki sifat bakhil dan kedekut. Mereka mempercayai sikap kedekut dan bakhil itulah yang menyebabkan mereka dapat mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya.

Rasulullah SAW bersabda: �Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.� (Riwayat Muslim)

Amalan memberi sedekah kepada yang memerlukan amat digalakkan dalam Islam. Perlu kita fahami, rezeki yang dikurniakan kepada seseorang itu adalah milik Allah SWT dan hanya pinjaman kepada hamba-Nya semata-mata.

Seseorang Muslim seharusnya tidak terlalu sayang kepada harta benda dan tidak terikat untuk membelanjakannya kepada perkara kebaikan. Kita perlu fahami setiap pemberian yang dikeluarkan untuk jalan kebaikan akan diganti oleh Allah Taala.

Sedekah juga tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT sentiasa menambah keberkatan dan suburnya harta, atau ganjaran dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.

Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia akan memperdaya hati serta fikiran seseorang supaya merasa berat mengeluarkan harta atau wang ringgitnya ke jalan sedekah dan infak. Mereka yang dipengaruhi bisikan ini akan diperhambakan dan disibukkan urusannya dengan mencari wang dan harta.
Walaupun mencari harta dan kekayaan digalakkan dalam Islam, tetapi ia perlu berlandaskan kepada usaha, ikhtiar dan seterusnya reda serta tawakal kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. Harta dan rezeki seharusnya melapangkan dada dan bertujuan memberi khidmat kepada empunya harta itu.
Ia juga sebagai jalan kita memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT dengan mengembalikan sebahagiannya ke jalan yang diredai-Nya. Usaha mencari rezeki adalah satu kewajipan manusia tetapi yang mengurniakan kekayaan itu adalah semata-mata urusan Allah SWT.

Waspada permainan syaitan
Berwaspadalah dengan mengelakkan diri daripada dipermainkan syaitan yang mahukan manusia itu melupakan akhirat melalui jalan mencintai dunia. Allah SWT memerintahkan kita bukan mencari harta semata-mata tetapi juga mencari keberkatan.

Ustaz Muhamad memberikan tiga panduan dalam menilai keberkatan harta iaitu harta itu membawa kepada kebaikan, semakin berharta semakin tenang hatinya, harta itu mencukupkannya dan banyaknya menggembirakan seseorang.

Jika harta itu sering memberi kerunsingan hati dan selalu merasa tidak cukup, periksalah semula akan jalan masuknya harta itu dan bagaimana kita membelanjakannya. Berhati-hatilah dengan harapan yang kita pertaruhkan dalam hidup ini sama ada berlandaskan iman atau bisikan syaitan.

Kisah Seorang Doktor


Kisah Seorang Doktor | Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..

dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Seram!!! Nota Terakhir Daripada Mona Fandey


Seram!!! Nota Terakhir Daripada Mona Fandey | Saya mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya.

Sebelum ini saya tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. saya bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.

Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, saya pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?

Akhirnya saya menemuinya, saya berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwa dengan tiba-tiba. Saat itu saya di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Pertama kali saya melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu saya mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT saya dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).

Saya masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, saya sebak, sedih bercampur. Ya, rasa �bahagia� atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air mata, saya menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, saya datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi.

Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Saya berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, saya menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama saya di tanah suci.

Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwa. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari saya melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.

Saban hari saya melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.

Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.

Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata �kalaulah� kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Saya menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doa saya untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama.

Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?

Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan saya dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.

Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam.
saya tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.

Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang saya ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi. Bunyinya ringkas: �Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.�

Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18.

Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi �keruk-keruk�. Para hadirin memandang sesama sendiri.

Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, saya memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.

Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.

saya masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.

�Saya nak senyum.� Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepada saya apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.

Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, saya tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, saya cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.

Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang �tak kena� pada wanita ini. Namun saya jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Saya beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya.

Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, �Saya nak senyum.� Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, saya pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini.

Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Saya masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.

Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi. Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.

Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah.

Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Saya berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.

Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.

Gadis Dirogol Kekasih Yang Baru Dikenali Di Wechat


Gadis Dirogol Kekasih Yang Baru Dikenali Di Wechat | Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk �teman lelakinya� dan tiga lagi lelaki tidak dikenali. 

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu. 

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran. 

�Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman. 

�Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,� katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam. 

Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya. 

�Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa. 

�Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,� katanya. 

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya. 

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam. 

�Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu. 

�Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

�Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,� katanya. 

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol.

Kalau Tak Syahid Pun Aku Akan Terus Berjihad


Kalau Tak Syahid Pun Aku Akan Terus Berjihad | "Aku memang tak mau (mahu) balik dah. Kalau tak syahid pun, mungkin aku akan terus berjihad ja. Biarlah hidup aku untuk berjihad, tak ada lain". Itu antara kandungan mesej menerusi aplikasi WhatsApp dihantar Allahyarham Mohd Fadzlan Shahidi, 21, kepada ahli keluarga dua bulan lalu selepas mereka bertanya khabar masing-masing.

Menurut seorang ahli keluarga Fadzlan yang enggan namanya didedahkan berkata, Fadzlan yang maut di Syria kelmarin sering berkongsi perasaan dan gambarnya di Syria termasuk gambar bom mortar.


Katanya kali terakhir mereka berjumpa ketika meraikan perkahwinan sanak saudara lebih setahun lalu sebelum arwah Fadzlan ke luar negara bersama kumpulan dikenali sebagai mujahidin.
Mujahiden Malaysia Ke 2 Gugur Di Syria

�Saya hanya mengetahui pembabitannya di Syria menerusi Youtube. Dia mengaku sudah berada di Syria dan akan berjuang di sana selepas kami berhubung melalui laman sosial Facebook.

�Arwah seorang pendiam dan tak banyak cakap. Memang saya sedih, namun itu jalan yang dia pilih. Saya doakan dia dicucuri rahmat,� katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Thursday, 11 September 2014

Ramai Antara Kita Tidak Tahu Khasiat Memakan Kaki Ayam


Ramai Antara Kita Tidak Tahu Khasiat Memakan Kaki Ayam | Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi,  jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan  yang baik.

**New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya �osteoporosis� iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

�Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,� kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat


Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat | Al-Quran adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Quran diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :

Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)

Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)


Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. (H.R Hakim didalam Mustadrak)

Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi. Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah rasulullah ini.jom baca,harinikan hari JUMAAT.

911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi


911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi | 13 tahun pembohongan besar 11 September atau 911 sudah berlalu. Dan dalam tempoh 13 tahun itu kedudukan sosio-politik dan geografi negara Islam dan umat Islam berubah habis. 

Diratah dan dilanyak tanpa batasan. Negara Islam dijajah. Umat Islam dihina. Islamophobia menjadi penyakit baru kaum kafir dan munafik. Purdah direntap. Menara masjid diranap. Umat menjadi bahan santap!

Banyak teori konspirasi 911 yang muncul sebaik saja serangan 911. Ada yang mengemukakan fakta menarik dan ada pula yang percaya bulat-bulat. Para pakar teori percaya bahawa bangunan WTC dimusnahkan oleh bom, panggilan telefon dibuat dari kapal terbang dan bekas Presiden George W. Bush secara rahsianya meraih keuntungan daripada serangan ini.

Berikut adalah antara 10 fakta menarik yang telah disusun bagi membuktikan bahawa serangan 911 sengaja dirancang oleh Bush, peringkat tertinggi kerajaan AS dan Zionis bagi mencipta alasan untuk memerangi pengganas.

Pelabur Dalaman Tahu Tentang Serangan Sebelum Ia Berlaku

Sebelum serangan 911 terjadi, telah berlaku urusniaga pelik dalam bursa saham dan firma insuran. Jumlah pelaburan 'luarbiasa' telah dibuat ke atas saham United Airlines dan American Airlines, kapal terbang yang dirampas ketika serangan. Banyak spekulasi menyebut pelabur telah diberitahu dahulu tentang serangan itu dan meraih keuntungan besar darinya. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah melakukan siasatan dalaman setelah mendapat maklumat daripada sekurang-kurang satu firma Wall Street.

Pertahanan Udara Diarah Supaya 'Duduk Diam'

Kebiasaannya dalam menghadapi situasi kapal terbang dirampas, NORAD bersedia menghantar pesawat tempurnya untuk memintas atau menembak jatuh kapal terbang itu. Dalam Peristiwa 911, Jeneral Norad berkata mereka belajar daripada rampasan dalam masa untuk melancarkan jet tempur. Sesetengah skeptis percaya bahawa NORAD diarahkan supaya sistem pertahanannya 'duduk diam'.

Kapal Terbang Tidak Meruntuhkan Menara Kembar, Tapi Bom

Runtuhan WTC serupa dengan pemusnahan yang dikawal. Banyak spekulasi bahawa menara itu sebenarnya runtuh dengan bahan letupan yang diletakkan di tempat yang ditetapkan. Sesetengah saksi sendiri mendengar letupan di dalam bangunan ketika mereka menyelamatkan diri. Ramai arkitek dan saintis bertegas bahawa bahan bakar kapal terbang tidak boleh menghasilkan kepanasan yang cukup untuk meleburkaan rangka keluli dua bangunan yang runtuh itu.

Serangan Di Pentagon Secara Saintifiknya Tidak Logik

Rempuhan di Pentagon mungkin jadi antara peristiwa yang paling meragukan semua pihak. Para teoris tetap mempertahankan hujah bahawa lubang rempuhan dalam Pentagon itu jauh lebih kecil daripada saiz pesawat komersial American Airlines. Mereka turut mempersoalkan kenapa kapal terbang itu tidak ditembak jatuh sebelum rempuhan serta mengapa rempuhan kapal terbang itu di bahagian bangunan Pentagon yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

Flight 93 Sebenarnya Ada

Pesawat keempat yang dirampas, Flight 93, telah terhempas di Shankville, Pensylvania. Adalah dipercayai yang penumpang pesawat itu melawan balik dan terhempas di atas padang. Skeptis percaya bahawa Flight 93 selamat mendarat, dalam waktu yang sama pesawat ganti telah ditembak di udara. Para teoris lain pula percaya bahawa kesemua penumpang telah dibunuh atau disembunyikan dan tidak pernah ditemui lagi.

Para Perampas Hidup. Bagaimana Pasport Mereka Selamat Dalam Letupan?

Selepas serangan 911, dokumentari 'Loose Change' mendedahkan bahawa kesemua perampas sebenarnya masih hidup di negara lain. Sebaliknya, ada kemungkinan juga dua orang yang berbeza mempunyai nama yang sama. Tapi mereka telah mengemukakan hujah kukuh, bagaimana pasport pengganas selamat dalam letupan? Dalam kemusnahan daripada serangan itu, pasport dan pengenalan diri telah ditemui sebagai bukti. Ramai skeptis persoalkan bagaimana pengenalan diri dibuat daripada kertas yang selamat dalam letupan, yang mana bangunan musnah sama-sekali.

Panggilan Telefon Bersel Daripada Pesawat Adalah Palsu

Panggilan telefon dibuat dalam pesawat yang dirampas. Para saintis dan skeptis menegaskan bahawa telefon bersel tidak boleh menerima atau membuat panggilan daripada ketinggian biasa pesawat terbang. Ada skeptis lain mempersoalkan panggilan telefon itu dibuat oleh anak kepada ibunya, yang mana dia memperkenalkan dirinya lengkap dengan nama pertama dan akhirnya. Logikkah seorang ibu tak mengenali anaknya sendiri hingga anak terpaksa memperkenalkan diri sendiri?

Orang Yahudi Tahu Serangan Bakal Berlaku, Tidak Hadir Kerja Pada 11 September

Para teori mendedahkan terdapat 4,000 Yahudi yang tidak hadir berkerja pada 11 September 2001. Setengah daripada individu pertama yang merakamkan serangan itu dengan kamera adalah orang Yahudi sendiri. Banyak tindakan mereka yang mencurigakan dan meletakkan mereka dalam senarai suspek ekoran dari serangan itu.

Kotak Hitam Ditemui Oleh Krew Penyelamat Dan Dirahsiakan

Dalam minggu-minggu berikutnya selepas serangan, kotak hitam antara benda terpenting yang mesti dicari. Hanya itulah saja bahan bukti berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kokpit pesawat. Tiga daripada empat kotak hitam berjaya ditemui dan hanya satu yang masih berada dalam keadaan baik untuk mendengar rakamannya. Rakaman itu tidak didedahkan kepada umum. Skeptis percaya bahawa pita itu tidak akan didedahkan bagi menyokong kerja rahsia mereka.

Kapal Terbang Aluminium Tidak Boleh Menembusi Struktur Keluli Menara WTC

Rangka pesawat komersial dibina dengan bahan aluminium yang sangat ringan bagi memudahkan ia terbang. Para saintis dan teoris menegaskan adalah tidak masuk akal sebuah pesawat boleh menyebabkan kerosakan sebagaimana dilakukan terhadap menara kembar WTC. Para saintis dan teoris percaya bahawa peluru berpandu atau bahan letupan yang telah digunakan untuk memastikan bangunan berkerangka keluli kukuh itu runtuh sepenuhnya.[Sumber]

Sama seperti kejadian 911, Holocaust juga hanyalah rekaan dan pembohongan golongan Yahudi dan Nasrani. Kejadian-kejadian ini malah mampu 'dipatahkan' secara fakta malangnya kerana menguasai media tersohor dunia, segala kejahatan ini berjaya disembunyikan malah kononnya diterima sebagai fakta yang tidak boleh dipersoalkan.

Malah, kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada umat Islam telah termaktub di dalam Al Quran. 

Allah berfirman, "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)