Sunday, 31 August 2014

Menyingkap Kewujudan Dajjal


Menyingkap Kewujudan Dajjal | Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya �MinalMunzharin�.

Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. SedangkanIbunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan �syaqq� manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.

Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: �Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka� (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.

Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:

Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Tertulis didahinya tulisan �Kafir (Kaf-Fa-Ra)�. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab �Shahih Muslim�, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama �Al-Jassasah�.

Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat �transitnya� itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.

Kami bertanya: �Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang..�

Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.

Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar.

Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

 Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.

Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:�Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?� Nabi menjawab:�Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.� (H.R IbnuMajah)

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka.

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk mengujiiman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya.

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam��

Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab:�Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan �Al Ghaist� (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.� (H.R Muslim)

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

Bawang Putih Dapat Mengurangkan Risiko Kanser


Bawang Putih Dapat Mengurangkan Risiko Kanser | Bawang putih merupakan salah satu bahan penyedap rasa makanan, tetapi juga berkhasiat untuk mengubati berbagai penyakit. Rawatan dengan bawang putih juga pernah dilakukan oleh nenek moyang kita terdahulu. Hipocrates yang hidup tahun 460 SM menggunakan bawang putih untuk merawat pesakit pneumonia dan luka yang dijangkiti. Selain itu, bawang putih dapat menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan terjadinya pembekuan darah dalam pembuluh nadi jantung yang menyempit, memperbaiki gangguan tekanan darah tinggi dan rendah, merangsang sistem kekebalan tubuh untuk bekerja lebih baik, mengurangkan rasa sakit pada tulang, mengurangkan terjadinya penyakit sendi dan mengurangkan risiko kanser.

Manfaat lain bawang putih adalah mengurangkan stress dan melancarkan pencernaan. Pati bawang putih yang digabungkan dengan vitamin E dan selenium dapat mencegah keguguran rambut, bermanfaat untuk kesihatan mata, boleh menaikkan jumlah sperma, merawat penyakit batuk, cacingan, gatal-gatal penyakit kulit, sakit gigi, muntaber, rematik, tiphus dan diabetes. Bagi wanita, ternyata bawang putih boleh melambatkan proses penuaan dan memperhalus kulit wajah agar kelihatan segar. Kompaun allisin yang terkandung dalam bawang putih merupakan persenyawaan belerang (sulfur) dan asid amino yang berfungsi sebagai antibiotik. Terbitan allisin yang disebut diallyl disulfide oksidase boleh menurunkan kolesterol dan lipida dalam serum darah dan hati.

Penelitian di Jepun oleh Kominato dan Shiga mencari kompaun scordinin pada bawang putih yang berfungsi sebagai enzim pendorong pertumbuhan. Jika allisin bekerja sebagai pemberantas penyakit, maka scordinin berperanan memberikan kekuatan dan pertumbuhan badan. Tetapi allisin pada bawang putih mentah boleh berubah menjadi oksida keras yang boleh menimbulkan gangguan perut dan anemia hemolitik, sehingga dianjurkan tidak memakan bawang putih mentah terlalu banyak.

Beberapa kajian terkini menunjukkan bahawa bawang putih boleh mengurangkan risiko kanser. Kajian Robert H Hurt, ahli hematologi dan onkologi dari Universiti Brown Amerika Syarikat, menyebutkan bahawa bawang putih dapat menghentikan berkembangnya sel-sel kanser dalam tubuh manusia. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Weis Burger dan Penskey dari Western Reserve University yang mengadakan kajian pada tikus yang disebabkan sel kanser dalam 16 hari tikus tersebut mati. Bila sel-sel kanser tersebut dirawat dengan sari bawang putih yang disuntik, tikus tersebut tidak mati selama 6 bulan. Sedangkan tikus lain yang diberi makanan bawang putih segar tidak terkena kanser.

Roh Kanak-Kanak Perempuan Dirakam Di Rumah Agam


Roh Kanak-Kanak Perempuan Dirakam Di Rumah Agam | SEORANG pelancong yang mengunjungi sebuah rumah agam berhantu yang terkenal di Ireland percaya dia mungkin merakamkan gambar roh seorang kanak-kanak perempuan.

Thomas Beavis, 21, dari Lewisham, mengesan bayangan tersebut menerusi melihat gambar di dalam kameranya sewaktu dalam perjalanan balik dari Loftus Hall di Wexford.

Dia mengambil gambar ibunya bersama rakan-rakan semasa kunjungan itu tetapi terakam roh seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Anne Tottenham dan wajah menakutkan seorang perempuan tua berhampiran tingkap.

"Saya terkejut apabila terlihat gambar bayangan itu. Kami merasa sedikit gelisah sepanjang lawatan itu tetapi apabila saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan saya mereka tergamam.

"Saya juga memfokuskan di bahagian tingkap untuk melihat gambar kanak-kanak perempuan itu. Saya mengambil sedikit masa untuk menunjukkan gambar itu kepada yang lain kerana tidak pasti dengan apa yang saya lihat," katanya.

Beberapa laporan mendakwa keluarga Tottenham berpindah ke rumah agam itu sekitar tahun 1766.
Namun, anak bongsunya, Anne, jatuh sakit selepas terkena gangguan makhluk halus.

Dia dipulaukan keluarga dan dikunci di dalam sebuah bilik di rumah agam itu sehingga meninggal dunia.

Sumber- mStar Online

Disini Lahirnya Sebuah Cinta


Disini Lahirnya Sebuah Cinta | Malaysia...di sini lahirnya sebuah cinta. Sangat mendalam ayat ini,,,ianya dapat ditafsirkan dari pelbagai sudut yang berbeza setiap individu tetapi akhirnya menjurus kepada sebuah cinta yang besar dan sangat bermakna.

Cinta adalah suatu perasaan yang positif iaitu rasa sayang yang mendalam.

Cinta boleh terarah ke semua benda / makhluk di dunia ini mengikut keadaan psikologi dan pemikiran setiap individu.

Antara jenis cinta yang biasa kita lihat / alami ialah :

-Cinta terhadap keluarga
-Cinta terhadap agama
-Cinta terdhapa rakan-rakan
-Cinta terhadap kekasih
-Cinta terhadap diri sendiri
-Cinta terhadap bangsa

Dimanakah tempat lahirnya cinta-cinta ini ? 

Sudah tentu di Malaysia, tanah dimana tok nenek, ibu bapa, adik-beradik, diri kita sendiri dilahirkan, mencari rezeki dan berkongsi kasih sayang selama ini.



Tanah dimana kita bermain, membesar, menimba ilmu, mengenal rakan, kekasih dan mengenal erti kehidupan itu sendiri.

Tanah dimana anak kita membesar dan meneruskan legasi keluarga.

Tanah dimana kita mencari rezeki, berjuang dan berkubur suatu hari nanti.

Justeru, wajarlah jika aku katakan semua cinta-cinta yang kita kongsi selama ini layaknya kita simpulkan menjadi sebuah cinta, iaitu cinta pada tanah, pada negara yang berbakti dan membina kita selama ini. 



Cinta yang menyatukan kita semua tidak mengira kaum, warna kulit dan agama. Cinta yang menguatkan dan melindungi tanahair kita dari kuasa luar serta kehancuran. Iaitu CINTA PADA MALAYSIA !

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57 buat seluruh rakyat Malaysia !
Malaysia... sini lahirnya sebuah cinta.

20 Fakta Menarik Tentang Islam


20 Fakta Menarik Tentang Islam | Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.

1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah �Muhammad� disusuli dengan nama �Jack�.

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol� juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti �bubuk� yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur�an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata �Lelaki� dan �Wanita� di dalam Al-Qur�an sama-sama berjumlah 24. clik sini untuk melihat persamaan matematik yang lain.

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.

6. Jikalau sekarang Al-Qur�an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur�an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut �Huffaz� yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur�an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.

11. Al Qur�an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur�an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur�an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya.

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka�Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka�Bah di di planet Bumi dengan Ka�bah di alam akhirat.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur�an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur�an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

10 Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih


10 Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih | Bukan semua percintaan akan berakhir dengan kegembiraan seperti yang diangankan. Kalau tidak, masakan ramai yang frust menonggeng kat luar tu. Anda pernah di tinggalkan kekasih? Bagi sesiapa yang belum tu bolehlah mengangkat tangan tanda syukur tapi yang dah pernah laluinya, bagaimana pulak? Melukakan hati kan? tak percaya? Tanya pada sesiapa yang ada pengalaman. Silap hari bulan ada yang serik nak bercinta. Hidup solo lagi bagus.

Apa-apa pun setiap hubungan mesti ada pasang dan surutnya. Tapi kalau asyik surut je.. anda dalam bahaya tu.. Kali ini kami akan memberi beberapa tip tanda-tanda awal yang orang tersayang nak meninggalkan anda. Sila-silakan la..

1. Bila nak ajak keluar dating, macam-macam alasan yang dia beri.. tak sihatlah� mak ajak keluar makan la� jiran dia kena culik la. Pendek kata 1001 alasan dia beri pada anda dan sesetengahnya tu pula, alasan memang tak masuk akal langsung.. Jadi tak reti-reti lagi?

2. Masa tengah hangat bercinta dulu bukan main romantik lagi, mulut tak pernah lekang dengan ungkapan sayang, rindu, cinta dan sebagainya. Lepas tu pulak kalau membahasakan diri mesti guna perkataan yang manis, manja seperti sayang, baby, honey, darling dan yang seangkatan dengannya. Tup-tup sekarang ni dah bertukar pulak. Kadang-kadang terdengar dia bahasakan diri �kau aku� je. Lagi best kalau tiba-tiba kita dengar dia panggil �woi!� je. Tu memang dah bengang la dengan lu la tu. hahaha.. angkat kaki la.. apa lagi.

3. Gambar anda tidak lagi menjadi salah satu barang berharga dalam dompetnya atau di meja bilik tidurnya. Lagi teruk bila gambar yang pernah anda beri pada dia tu, anda jumpa di bawah katil, dalam bonet kereta atau tengah lelong kat mudah.my.. haha. Pendek kata merata-rata la dia letak.

4. Bila keluar dating, dia mula buat muka. Jadi pendiam tak banyak cakap, tidak ceria dan tak bersemangat. Lebih banyak menggunakan isyarat angguk dan geleng saja bila ditanya. Kerjanya kejap-kejap asyik tengok jam di tangan. Selalu nampak cemas dan gelisah. Lepas tu kalau dating tak suka di tempat yang tersorok dan jarang menjadi tumpuan. haaa� ada makna tu..

5. Tangannya tetap tak lekang dengan handphone, kejap-kejap tup tap tup tap layan sms. Lepas tu pulak kalau kita nak tengok handphone dia, macam-macam alasan dia kasi. Baginya handphone tu dah macam nyawanya sendiri. Bergaduh bagai nak rak pun tak apa, janji handphone diat tak jatuh ke tangan anda.

6. Waktu yang paling best baginya ialah bila tak keluar dating dengan anda. Waktu tu personalitinya terus berubah daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang periang. Baginya hari-hari tanpa anda di sisi adalah heaven yang teramat sangat.

7. Topik yang selalu dielakkan bila bersembang dengan anda ialah topik bertunang, kahwin dan cerita tentang perancangan bersama di masa hadapan. Pantang buka cerita itu saja, terus saja dia tukar topik lain. Tidak pun, dia buat-buat busy, baca paper.. tengok TV.. tengok kucing.. tengok langit..

8. Tiba-tiba je akhir-akhir ni dia selalu sangat bercerita tentang keburukan dirinya pada anda. Cerita tu pula semuanya cerita baru yang anda langsung tak pernah dengar sebelum ni. Lepas tu ada penambahan skrip kononnya dia ada penyakit yang tak boleh dirawat dan sebagainya. Ayat wajib yang dia kan kata ialah� �Awak carilah orang lain sebagai pengganti saya, kerana saya tak nak menghampakan awak di kemudian hari�.

9. Kalau dulu boleh bergayut di telefon sampai sejam lamanya tapi kini dan lain. Baru bercakap lima saat, dia dah mula buat alasan untuk hentikan perbualan. macam-macam alasan dia beri, jiran sebelah rumah datanglah.. adik menangis mintak susulah.. nak kena beri makan kucinglah.. kena angkat kain di jemuranlah.. pendek kata ada je idea dia. Hmmmm.. jadi, apa cer ni?

10. Suka cerita kosong je tak bercerita tentang kelebihan dan kehebatan teman-teman lelakinya yang lain. Sebenarnya kalau setakat apa, tapi ada kalanya dia sengaja buat perbandingan dengan anda, hinggakan ada ketikanya anda berasa begitu kerdil dan langsung tidak dihargai.

Kanser buah pinggang: Punca dan Penanganannya


Kanser buah pinggang: Punca dan Penanganannya | Buah pinggang adalah organ yang mengatur rembesan produk metabolik daripada darah. Tubuh kita mempunyai dua buah pinggang yang terletak di belakang perut, di depan otot punggung. Masing-masing buah pinggang berukuran sekepalan tangan. Pada bahagian dalam buah pinggang terdapat arteri buah pinggang yang membekalkan darah ke buah pinggang dan urat buah pinggang yang membawa darah keluar dari buah pinggang. Di tengah kedua buah pinggang terdapat pasu atau rongga buah pinggang (pelvis renal), yang mengumpul air kencing dan mengeluarkannya melalui ureter ke pundi kencing. Di atas buah pinggang terdapat kelenjar adrenal yang jauh lebih kecil.

Kanser buah pinggang adalah tumor ganas yang berlaku di buah pinggang. Dalam kebanyakan kes, tumor berkembang dari dalam rangkaian buah pinggang. Sangat jarang bahawa kanser buah pinggang tumbuh dari bahagian tubuh lain yang merebak ke buah pinggang. Kanser buah pinggang boleh merebak ke luar ginjal, terutama ke buah pinggang lain dan ke kelenjar getah bening di dekatnya. Kanser buah pinggang juga boleh merebak ke paru-paru, tulang, atau hati.

Tiga jenis kanser

Ada tiga jenis utama kanser buah pinggang: adenokarsinoma, kanser pasu buah pinggang dan tumor Wilm.
Renal adenokarsinoma / hipernefroma: jenis yang paling umum dan berkembang daripada sel-sel yang sebahagian besar di buah pinggang.
Kanser pasu buah pinggang / sel peralihan: jenis yang jarang, muncul dari sel-sel peralihan, rangkaian yang menyokong buah pinggang di pinggul. Kira-kira tiga puluh peratus pesakit kanser pasu buah pinggang juga mempunyai kanser saluran kencing dan kanser pundi kencing.
Tumor Wilm: tumor yang biasanya sudah hadir pada saat lahir atau berkembang dalam lima tahun pertama.

Penyebab

Kanser buah pinggang lebih umum pada orang di atas 40 tahun. Seperti halnya kanser lain, punca kanser buah pinggang tidak diketahui secara pasti. Namun beberapa hal diketahui meningkatkan risiko:
Merokok: kanser buah pinggang lebih kerap menyerang orang yang merokok, kerana asap rokok mengandungi zat pencetus kanser (karsinogen). Karsinogen lain seperti pewarna kimia juga meningkatkan risikonya.

Obesiti: Orang yang mengalami obesiti mempunyai peningkatan risiko kanser buah pinggang.
Tekanan darah tinggi: Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko kanser buah pinggang.
Dialisis jangka panjang: Dialisis (cuci darah) adalah rawatan untuk orang yang ginjalnya tidak berfungsi dengan baik untuk membuang kotoran dari darah. Menjalani dialisis selama bertahun-tahun meningkatkan faktor risiko untuk kanser buah pinggang.
Genetik. Tumor Wilm kadang-kadang menurun dalam keluarga.

Catatan khusus mengenai Tumor Wilm

"Ahli bedah Jerman Max Wilms menjelaskan penyakit ini untuk pertama kalinya pada tahun 1899 Kanser buah pinggang pada anak-anak ini juga disebut sebagai nefroblastoma, yang biasanya muncul antara kelahiran dan usia lima tahun. Insiden tumor Wilm kurang daripada 1 per 800,000 anak. Punca: tidak diketahui, tetapi tumor lebih sering terjadi pada anak-anak dengan beberapa kelainan genetik bawaan seperti sindrom Beckwith - Wiedeman, sindrom WAGR dan sindrom lain di mana kanak-kanak lahir dengan kelebihan berat badan. Gejala: bengkak di perut, rasa sakit atau ketidakselesaan di perut, tekanan darah tinggi, dan kadang-kadang darah di dalam air kencing. Bila anak anda mengalami gejala ini, segeralah menemui doktor. 
Rawatan: Rangkaian buah pinggang yang terkena diangkat dengan pembedahan, biasanya selepas rawatan dengan kemoterapi untuk mengecilkan ketumbuhan. Buah pinggang sihat yang tersisa boleh bekerja sendiri. Untuk menghancurkan sel-sel kanser yang tertinggal kadang-kadang kemoterapi lanjutan diperlukan. 
Dalam kes yang jarang berlaku, kedua-dua buah pinggang harus diangkat dan seterusnya anak akan bergantung pada dialisis dan memerlukan pemindahan buah pinggang."

Gejala

Pada awalnya, kanser buah pinggang sering muncul tanpa gejala. Apabila timbul gejala, keluganya antara lain:
Sakit semasa buang air kecil

-Sering buang air kecil
-Darah dalam air kencing
-Sakit di bahagian belakang atau sisi pinggang
-Ketulan di sisi pinggang atau perut
-Kehilangan berat badan

Diagnosis

Dalam kes kecurigaan kanser buah pinggang, doktor boleh meminta pemeriksaan ultrasound, CT scan atau urografi buah pinggang intravena. Pemeriksaan lain termasuk kencing (pemeriksaan sampel air kencing), ujian darah, dan mungkin juga biopsi.

Rawatan

Bila buah pinggang rosak maka dapat diangkat melalui pembedahan. Buah pinggang lain boleh mengambil alih fungsinya. Bila kedua buah pinggang terjejas, pemindahan (rasuah) buah pinggang mungkin harus dilakukan apabila tidak ingin bergantung terus pada alat pencuci darah.
Jika kanser telah merebak ke kawasan lain mungkin perlu kemoterapi. Terkadang hormon progesteron alam dan kimia lain digunakan untuk melawan kanser.

Ramalan

Kira-kira tujuh puluh peratus pesakit kanser buah pinggang yang menjalani pembedahan buah pinggang hidup lebih lama dari lima tahun. Jika kanser telah merebak ke bahagian lain dari tubuh dari kemungkinan penyembuhannya sangat kecil. Terapi radiasi boleh melambatkan penyebaran dan mengurangkan rasa sakit.

Saturday, 30 August 2014

10 Surah Al-Quran Yang Patut Kita Amalkan


10 Surah Al-Quran Yang Patut Kita Amalkan | Assalammualaikum , Di sini saya share dengan kamu semua 10 Surah yang patut kita amalkan bila-bila masa. anytime anywhere :). In Shaa Allah bermanfaat untuk kita sebagai umat islam.

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya�Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. 

Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. 

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu. 

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur�an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur�an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur�an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan �At-Mu�ammah� (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. 

Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT. 

3. SURAH AD-DHUKHAAN
Surah Ad-Dukhaan bila dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. 

4. SURAH AL-WAQI�AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi�ah pada tiap-tiap malam, insya�Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya�Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya�Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. 

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi�ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi�ah Ayat 35-38 ialah : �Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya. 

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca SurahAl-Khauthar ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. 

Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya�Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya. 

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur�an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita. 

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur�an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. 

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. 

Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya�Allah, akan terselamat dari azab kubur.. 

8. SURAH AL-IKHLAS 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : �Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur�an.�

Siti Aisyah lalu berkata, �Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur�an sebanyak 30 juzuk itu.� Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, �Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur�an keseluruhannya. 

� Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., �Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : �Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.� 

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : �Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. 

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali. 

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur�an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. 

Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Subhanallah! Kisah Pakar Metematik Peluk Islam Selepas Cuba Mencabar Al-Quran


Subhanallah! Kisah Pakar Metematik Peluk Islam Selepas Cuba Mencabar Al-Quran | Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah dahulu seorang pendakwah Kristian yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab. Lelaki ini terlalu suka matematik, itulah sebabnya dia suka logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh diambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian. Beliau menyangka Al-Quran adalah sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Apa yang dijumpainya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum.

Beliau dapati Al-Quran ini mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad (SAW) hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah (RA) atau kematian anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menemui apa-apa seperti itu. Dan apa yang membuatkan beliau lebih keliru adalah bahawa dia menemui satu penuh �surah� (bab) dalam Al-Quran yang dinamakan �Maryam� yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak pernah dijumpai walaupun dalam buku-buku yang ditulis oleh orang Kristian mahupun dalam Al-kitab mereka (bible). Dia tidak menjumpai surah dinamakan sempena �Fatimah� (anak nabi) atau �Aishah� (isteri Rasulullah saw), semoga Allah rahmati kedua-dua mereka. Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (AS) telah disebut dalam Al-Quran 25 kali manakala nama �Muhammad� (saw) hanya disebut sebanyak 4 kali, maka dia menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat yang besar yang merupakan nombor ayat 82 dalam Surah Al-Nisa�a (Wanita) yang bermaksud:

�Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Dan kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati di dalamnya banyak perselisihan �.

Dr Miller berkata tentang ayat ini: �Salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan mencari mana-mana �. Beliau juga berkata tentang ayat ini: �Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia kosong daripada kesilapan, tetapi al-Quran, sebaliknya, memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba untuk mencari satu dan anda tidak akan mencari mana-mana. �

Satu lagi ayat yang Dr Miller ditunjukkan untuk masa yang panjang adalah nombor ayat 30 dalam Surah �Al-Anbiya �(Nabi-nabi):

�Adakah orang-orang kafir melihat bahawa langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), sebelum Kami pisahkan antara keduanya? Daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? �

Dia berkata: �Ayat ini adalah betul-betul subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 dan adalah kira-kira teori� Great Explosion �. Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil daripada satu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet itu.

Dr Miller berkata: �Sekarang kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (SAW) dan tanggapan tentang syaitan membantunya, Allah berfirman:

�Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dilarang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat. �Al-Quran, Bab 26, Ayat 210-212.

�Apabila engkau hendak membaca Al Qur�an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam� Al-Quran, Bab 16, Ayat 98.

Anda lihat? Bolehkah ini menjadi cara syaitan untuk menulis buku? bagaimana dia boleh menulis buku kemudian memberitahu anda untuk meminta Tuhan untuk perlindungan dari syaitan ini sebelum membaca buku itu? Itu adalah ayat-ayat ajaib dalam buku ajaib ini! dan mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang menganggap bahawa itu dari syaitan �.

Dan di antara cerita-cerita yang kagum Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata: �Orang ini (Abu Lahab) yang begitu teruk membenci Islam sehinggakan dia akan pergi selepas Nabi di mana sahaja dia pergi untuk mengaibkan Nabi Muhammad SAW. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga dia selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad memberitahu anda? Jika beliau berkata ia putih maka ia pada hakikatnya hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah hari. Dia bertujuan untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang curiga mengenainya. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan �Al-Masad�. Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata: �Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah inspirasinya datang dari Allah? �. Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam satu ini. Dalam erti kata lain, ia seolah-olah nabi (SAW) itu memberikan Abu Lahab peluang untuk membuktikan dia salah! Tetapi dia tidak berbuat demikian selama 10 tahun penuh! dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim !! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana itu bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.

Bagaimana Nabi (SAW) boleh mengetahui bahawa Abu Lahab akan membuktikan apa yang dikatakan dalam Surah jika ini tidak inspirasi daripada Allah? Bagaimana dia boleh yakin sepanjang 10 tahun penuh bahawa apa yang di dalamnya (Al-Quran) adalah benar jika dia tidak tahu bahawa itu inspirasi daripada Allah ?? Bagi seseorang untuk mengambil apa-apa cabaran berisiko, ini hanya mempunyai satu maksud: bahawa ini adalah inspirasi daripada Tuhan.

�Binasalah kedua tangan Lahab (Abu Lahab)! binasalah dia Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan Dibakar tidak lama lagi dia akan masuk ke dalam api yang menjulang-julang daripada api neraka! Isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api; Sebagai bahan api! Satu tali yang dipintal-daun bulat (sendiri) lehernya! �Al-Quran, Bab 111.

Dr Miller berkata tentang ayat yang kagum kepadanya: Salah satu keajaiban dalam Al-Quran itu mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh meramalkan dan yang terpakai yang �Pemalsuan Ujian�, ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang Al-Quran kata mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar sehingga kini sebagai musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.

Dr Miller meneruskan: Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita merawat anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh-musuh anda, Al-Quran mesti salah tu! Tetapi ini tidak berlaku dalam 1400 tahun !! dan ia tidak akan berlaku kerana mereka adalah kata-kata Dia yang mengetahui perkara yang ghaib (Allah) dan bukan kata-kata manusia.

Dr Miller meneruskan: Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang bercakap tentang permusuhan antara orang Islam dan orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?

�Paling Kukuh di antara manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman sekali-kali akan kamu dapati orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik; dan terdekat di antara mereka cinta kepada orang yang beriman sekali-kali akan engkau mencari orang-orang yang mengatakan, �Kami adalah orang Kristian�: kerana di kalangan mereka adalah orang yang dikhaskan untuk pembelajaran dan lelaki yang telah menolak dunia, dan mereka pula tidak berlaku sombong. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata, kerana mereka mengakui kebenaran: mereka berdoa: �Wahai Tuhan kami Kami percaya; suratkanlah kami berserta orang saksi� Al-Quran, Bab 5, ayat-ayat 82-84.

Ayat ini juga dengan Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia tahu kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam dan menjadi seorang bentara. Semoga Allah menyokongnya.

Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang dia mendapati yang indah: Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik dan luar biasa dalam Al-Quran yang tidak hadir mana-mana sahaja, kerana al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda tidak tahu sebelum ini. Sebagai contoh:

�Ini adalah sebahagian dari berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad!) Oleh wahyu engkau tidak ada pada mereka ketika mereka melemparkan anak-anak panah, untuk yang mana satu mereka yang akan dengan penjagaan Maryam : tidak pula bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara) �Al-Quran, Bab 3, Ayat 44.

�Itu adalah dari cerita-cerita yang ghaib, yang Kami turunkan kepadamu: sebelum ini, tiada kamu kaummu mengenali mereka. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa �Al-Quran, Bab 11, Ayat 49.

�Yang demikian itu adalah salah satu daripada cerita-cerita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu: tidak pula engkau (hadir) bersama mereka apabila mereka bersepadu rancangan mereka bersama-sama dalam proses menenun plot mereka� The Holy Quran, Bab 12 , Ayat 102.

Dr Miller meneruskan: �Tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya ini, semua buku-buku yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila rundingan Holy Bible mengenai cerita-cerita dari bangsa-bangsa purba, ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka adalah. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku itu �.

Dr Garry Miller meneruskan: �Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa itu baru !! Dan apa yang menakjubkan adalah bahawa orang-orang Mekah pada masa itu (masa inspirasi daripada ayat-ayat) yang digunakan untuk mendengar ayat-ayat dan cabaran bahawa maklumat dalam ayat-ayat adalah baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh orang-orang di masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata: Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu di mana Muhammad datang dari dengan ayat-ayat. Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah bahawa tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa dia telah berbohong kepada mereka kerana mereka benar-benar adalah maklumat baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang mengetahui yang ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan. �

10 Sebab Bahaya Manisnya Gula


10 Sebab Bahaya Manisnya Gula | Meski sudah mengetahui gula tidak baik untuk kesihatan, kebanyakan orang tidak mengangggap gula berbahaya. Paling tidak, gula dianggap tidak seburuk lemak tepu, garam, atau kalori. Mungkin ini yang menyebabkan sukarnya mengurangkan penggunaan gula.

Padahal, faktanya kebanyakan orang di seluruh dunia mengonsumi 500 kalori tambahan hanya dari gula yang mereka makan. Di balik manisnya gula, ternyata terkandung bahaya yang tidak boleh dianggap remeh.Berikut 10 kesan buruk daripada gula yang boleh jadi alasan anda perlu segera mengurangkan penggunaan gula.

1. Gula merosakkan jantung.
Meski sudah lama diketahui sebagai salah satu faktor risiko penyakit jantung, kajian dalam Journal of American Heart Association tahun 2013 akhirnya menemui bukti kuat tentang mekanisme bagaimana gula merosakkan jantung. Kajian menyatakan, molekul pada gula yang disebut glukosa 6-fosfat menyebabkan perubahan otot jantung yang berujung pada gagal jantung.

2. Gula membentuk lemak perut.
Kelaziman obesiti meningkat beberapa tahun terakhir, baik pada dewasa maupun anak-anak. Salah satu penyebabnya yaitu tingginya pengambilan minuman manis. Sebuah kajian mendapati, pengambilan fruktosa (salah satu jenis gula) berlebih menyebabkan bertambahnya lemak perut yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

3. Gula membunuh diam-diam.
Sebuah kajian tahun 2008 mengungkap, pengambilan fruktosa berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko keadaan rintangan leptin. Leptin merupakan hormon yang memberi tahu otak jika perut sudah kenyang. Jika tubuh mengalami rintangan leptin, maka otak tidak akan merasa berpuas hati meski tubuh sebenarnya sudah kenyang. Akibatnya, kita tidak boleh menghentikan keinginan untuk makan. Dalam jangka panjang hal ini tentu menyebabkan obesiti. Hal tersebut terjadi perlahan, sehingga orang sering kali tidak sedar sudah mengalaminya.

4. Gula memberi makan sel kanser.
Setiap manusia berisiko kanser kerana mempunyai sel kanser di dalam tubuhnya. Walaupun begitu, tubuh mempunyai mekanisme sendiri untuk mematikan sel kanser sehingga sel tersebut tidak lantas berkembang menjadi kanser yang mematikan. Malangnya, pengambilan gula berlebihan akan merosakkan mekanisme tersebut. Ditambah lagi, kajian baru-baru ini mengungkap, gula merupakan nutrisi yang baik bagi sel kanser untuk berkembang.

5. "Ketagihan" gula boleh diturunkan.
Gula juga bersifat tambahan sehingga mungkin ada istilah untuk ketagihan gula. Malangnya, ketagihan gula ini boleh bersifat genetik yang dapat diturunkan, kerana melibatkan perubahan pada hormon ghrelin. Ghrelin merupakan hormon yang mengatakan pada otak saat tubuh lapar. Namun, perubahan pada hormon ini akan mengakibatkan tubuh lapar dan ingin makan terus menerus.

6. Gula dan alkohol mempunyai kesan racun yang hampir sama. 
Sebuah kajian dalam jurnal Nature menunjukkan gula boleh jadi sama bahayanya dengan alkohol. Kajian tersebut menunjukkan, pengambilan fruktosa dan glukosa berlebihan memberikan kesan racun pada hati. Kesan ini ternyata juga hampir sama dengan yang diberikan oleh alkohol.

7. Gula menurunkan kemampuan otak.
Gula diketahui boleh mempercepatkan proses penuaan sel, begitu pula sel-sel otak. Maka dengan mengambil banyak gula, sel-sel otak cenderung akan mengalami penurunan fungsi lebih cepat.

8. Gula sering bersembunyi pada makanan "tanpa gula".
Mengurangkan gula bukan hanya dengan mengurangkan makanan-makanan manis seperti gula-gula, kek, biskut, dan sebagainya, kerana sebenarnya ada juga makanan yang dianggap tanpa gula tetapi ternyata mengandungi banyak gula. Contohnya sos tomato, roti, kraker, dan lain-lain.

9. Minuman manis mungkin memendekkan umur.
Sebuah kajian tahun 2013 menganggarkan ada 180,000 kematian di seluruh dunia yang diakibatkan pengambilan minuman manis. Para penyelidik menyimpulkan, kematian mungkin disebabkan hubungan minuman manis dengan risiko seperti diabetes, penyakit jantung, dan kanser.

10. Gula membuat gemuk.
Fakta ini paling jelas terlihat dari pengambilan gula berlebihan. Pengambilan gula berlebih akan menyumbang pengambilan kalori yang seharusnya didapat dari makanan lain yang mengandung banyak zat pemakanan sehingga tanpa disedari kalori yang diasup melebihi dari batas kalori per hari dan membuat berat bertambah.

Friday, 29 August 2014

Kenali Kanser Leukemia


Kenali Kanser Leukemia | Pengenalan kepada artikel kenali kanser Leukemia. Ruangan ini telah disediakan untuk membantu anda memahami lebih mendalam lagi tentang leukemia. Terdapat beberapa bentuk leukemia, oleh itu kadang-kala, di dalam maklumat ini kita berbicara tentang 'penyakit leukemia' secara keseluruhan. Leukemia merupakan penghasilan sel-sel darah yang tidak teratur yang boleh terjadi pada semua orang tidak mengira peringkat umur.

Ramai orang berasa terkejut dan bimbang apabila mereka diberitahu bahawa mereka menghidapi leukemia dan kami faham perasaan mereka. Maklumat yang berikut bertujuan untuk membantu anda memahami diagnosis dan rawatan penyakit ini. Kami juga memasukkan maklumat tentang perkhidmatan-perkhidmatan sokongan yang ada disediakan.

Kami tidak dapat menasihati anda tentang rawatan yang paling baik buat anda. Anda perlu berbincang tentang perkara ini dengan doktor anda. Walau bagaimanapun, kami berharap maklumat ini dapat menjawab beberapa pertanyaan anda dan membantu anda di dalam memikirkan soalan-soalan yang anda ingin ajukan kepada doktor anda.

Leukemia

Leukemia merupakan kanser sel-sel yang membentuk darah. Leukemia menyebabkan jumlah-jumlah sel darah putih yang belum matang dihasilkan.

Sel-sel abnormal ini dipanggil blas leukemia, tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih. Mereka terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Kadang-kala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang.

Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi.

Jenis-jenis Leukemia

Leukemia terjadi di dalam beberapa bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dengan cepat di dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu sahaja: ini merupakan leukemia akut. Yang lainnya pula tidak nyata dan berkembang dengan kadar yang perlahan di dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun: ini merupakan leukemia kronik.

Penyakit-penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis-jenis sel darah putih yang terlibat. Leukemia mieloid ialah leukemia yang melibatkan granulosit-granulosit; leukemia limfoid melibatkan limfosit-limfosit.

Leukemia Limfoid Akut (Acute Lymphoid Leukaemia (ALL)

Leukemia limfoid akut lebih lazim pada kanak-kanak dan merupakan peratusan yang kecil sahaja di kalangan leukemia orang dewasa.

Ia menjejaskan limfosit-limfosit yang belum matang. Limfosit yang normal bertanggungjawab melawan jangkitan: apabila bakteria atau virus menyerang tubuh, limfosit bertindak balas dengan menghasilkan antibodi atau sel-sel pembunuh limfosit yang khas. Apabila anda menghidapi leukemia limfoid akut, limfosit tidak dapat berfungsi dengan betul dan anda mungkin mendapat jangkitan yang serius. Tambahan pula, penyakit ini menyebabkan banyak limfosit yang abnormal dihasilkan, yang menghimpit sel-sel darah merah dan platelet yang normal.

Leukemia Limfoid Kronik (Chronic Lymphoid Leukaemia (CLL)

Leukemia ini juga menjejaskan limfosit-limfosit, tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut. Penyakit ini menyerang orang dewasa tetapi tidak dikesan pada kanak-kanak.

Penyakit ini berkembang dengan lebih perlahan, oleh itu sel-sel normal tidak terhimpit dan ditolah keluar dengan cepatnya berbanding dengan leukemia limfoid akut. Jika anda menghidapi leukemia limfoid kronik, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala sehinggalah peringkat-peringkat lanjut penyakit ini.

Leukemia Mieloid Akut (Acute Myeloid Leukaemia (AML)

Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.

Leukemia mieloid akut terutamanya menjejaskan sel-sel mieloid yang dikenali sebagai granulosit. Penyakit ini menghasilkan sel-sel mieloid yang masih muda di dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel-sel mieloid yang matang. Sel-sel mieloid yang muda ini boleh menyekat salur-salur darah.

Leukemia Mieloid Kronik (Chronic Myeloid Leukaemia (CML))
Leukemia mieloid kronik boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun.

Ia menghalang sel-sel mieloid daripada berfungsi dengan betul. Ia berlaku di dalam dua peringkat: pertama, berlakunya pembahagian sel-sel abnormal secara perlahan. Kemudian, ia boleh dengan cepatnya berubah ke peringkat akut.

Apakah punca-punca Leukemia?

Punca-punca leukemia tidak diketahui. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi perkembangannya. Faktor-faktor risiko ini hanya menjelaskan punca sebilangan kecil kes leukemia. Mempunyai satu atau lebih faktor-faktor berikut tidak bermakna anda akan mendapat leukemia. Jika anda merasa ragu tentang sebarang faktor di bawah, anda harus berbincang dengan doktor anda.

Faktor-faktor genetik: Kanak-kanak Down�s syndrome dan kanak-kanak yang mempunyai keabnormalan kongenital lain yang jarang mempunyai risiko akut leukemia yang meningkat.

Faktor-faktor genetik mungkin memainkan peranan di dalam perkembangan leukemia limfoid kronik. Leukemia limfoid kronik lebih lazim pada lelaki dan mungkin diwarisi di dalam keluarga:

Sinaran: leukemia berlaku pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa di kalangan orang yang terdedah kepada sinaran yang tinggi. Ini termasuk orang-orang yang terselamat di dalam letupan-letupan bom atom di Jepun, orang-orang yang terdedah kepada sinaran selepas bencana loji nuklear Chernobyl, dan orang-orang yang menerima sinaran di dalam jumlah yang banyak yang perlu bagi rawatan keadaan-keadaan perubatan yang tertentu pada masa lalu.

Bahan-bahan kimia: orang-orang yang terdedah kepada benzena mempunyai risiko yang meningkat mendapat leukemia mieloid akut. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat leukemia mieloid akut.

Negara asal: di kawasan-kawasan tertentu di dunia, seperti selatan-barat Jepun, bahagian-bahagian Afrika dan Caribbean, suatu jenis leukemia tertentu boleh merebak di kalangan penduduk tempatan oleh suatu virus yang dikenali sebagai HTLV (Human T Cell Leukaemia Lymphoma Virus).

Diagnosis

Orang yang mempunyai gejala-gejala leukemia akan menjalani ujian-ujian darah dan ujian-ujian sum sum tulang, yang boleh mengesahkan sama ada penyakit ini hadir atau tidak.

Gejala-gejala leukemia adalah sama seperti gejala-gejala keadaan-keadaan lain yang biasa. Jika anda berasa ragu tentang gejala-gejala yang anda alami, anda harus berjumpa doktor.

Gejala-gejala Leukemia akut

Gejala-gejala leukemia akut selalunya boleh dilihat dengan tiba-tiba kerana leukemia jenis ini berkembang dengan cepat.

* Rasa lemah, letih dan kelihatan pucat yang mungkin berpunca daripada jumlah sel darah merah yang berkurangan.
* Perdarahan yang berterusan agak lama, contohnya hidung berdarah dengan banyaknya, atau mudah lebam yang mungkin berpunca daripada kekurangan platelet.
* Kecenderungan untuk mendapat jangkitan dan mempunyai suhu badan yang tinggi yang mungkin berpunca daripada sel-sel darah putih yang tidak berfungsi dengan betul.
* Kesakitan di dalam tulang dan sendi mungkin juga dialami.

Gejala-gejala leukemia kronik

Gejala-gejala leukemia kronik berkembang di dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun. Gejala-gejala ini sama seperti gejala-gejala leukemia akut tetapi termasuk pembesaran nodus limfa, limpa, dan hati. Anemia juga mungkin suatu gejala leukemia mieloid kronik.

Kebanyakan orang yang menghidapi leukemia mieloid kronik langsung tidak sedar yang mereka mendapat penyakit ini dan mungkin hanya didiagnosis semasa pemeriksaan bagi masalah perubatan yang lain.

Leukemia mieloid kronik selalunya berkembang dengan kadar yang perlahan pada mulanya tetapi mungkin berubah dengan kadar yang lebih aktif dan menjadi lebih seperti leukemia akut selepas beberapa tahun.

Doktor dan ahli-ahli profesional kesihatan yang manakah patut saya jumpa?

Doktor biasa anda akan merujuk anda untuk mendapatkan ujian-ujian awal untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi kanser atau tidak. Jika suatu diagnosis kanser dibuat, dia mungkin kemudiannya akan merujuk anda kepada seorang pakar yang akan menasihati anda tentang opsyen-opsyen rawatan.
Pakar-pakar dan ahli-ahli profesional kesihatan yang menjaga orang yang menghidapi leukemia termasuk:

* pakar bedah: yang bertanggungjawab ke atas biopsi dan prosedur-prosedur pembedahan yang lain
* pakar hematologi: yang mendiagnosis dan merawat orang yang mengalami penyakit darah
* pakar onkologi perubatan: yang bertanggungjawab bagi kemoterapi
* pakar onkologi sinaran: yang bertanggungjawab bagi radioterapi
* pakar pemakanan: yang akan mencadangkan pemakanan yang paling baik untuk diikuti semasa anda di dalam rawatan dan pemulihan
* jururawat: yang membantu anda sepanjang semua peringkat kanser yang anda alami di hospital
* pegawai-pegawai kebajikan dan juru pulih pekerjaan: yang akan menasihati anda tentang perkhidmatan sokongan dan membantu anda kembali menjalankan aktiviti harian anda.

Bagaimana leukemia didiagnosis

Leukemia boleh didiagnosis dengan memeriksa sampel-sampel darah dan sum sum tulang anda di bawah mikroskop. Biopsi nodus limfa mungkin juga disyorkan. Ujian-ujian darah dan sum sum tulang juga merupakan cara-cara meneliti perkembangan, jadi ujian-ujian ini akan diteruskan semasa dan selepas rawatan.

Ujian darah

Leukemia adalah disyaki jika ujian darah menunjukkan sel-sel darah putih yang abnormal di dalam jumlah yang besar dan sel-sel darah merah, platelet dan sel-sel darah putih yang normal di dalam jumlah yang sedikit.

Biopsi sum sum tulang

Biopsi biasanya diperlukan untuk mendiagnosis jenis leukemia. Sedikit cecair diambil daripada sum sum tulang menggunakan siring dan secebis kecil teras sum sum tulang diambil keluar. Sampel-sampel ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop. Menjalani biopsi sum sum tulang mungkin menyakitkan, oleh itu anestetik setempat selalunya diberikan. Anda juga mungkin diberikan sedatif untuk meningkatkan keselesaan semasa prosedur ini.

Biopsi nodus limfa

Jika anda mempunyai nodus limfa yang mengalami inflamasi, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suatu biopsi untuk mengesan sama ada ini adalah berkaitan dengan leukemia. Tisu diambil keluar daripada nodus limfa yang terjejas bagi pemeriksaan di bawah mikroskop. Anda mungkin diberi anestetik setempat ataupun am, bergantung kepada kedudukan nodus yang terjejas itu. Prosedur ini boleh dilakukan sebagai pesakit luar atau semasa tinggal sebentar di hospital.

Punktur lumbar (�spinal tap�)

Doktor anda mungkin mengesyorkan suatu punktur lumbar untuk mengesan sel-sel leukemia di dalam cecair yang mengelilingi otak dan saraf tunjang.

Di dalam punktur lumbar, suatu jarum yang halus dimasukkan melalui ruang di antara tulang-tulang di bahagian bawah pinggang dan sedikit cecair diambil daripada bahagian keliling tulang belakang anda. Cecair ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop.

Suatu anestetik setempat diberikan untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang dialami semasa prosedur ini. Sesetengah orang berasa bimbang menjalani prosedur ini: anda mungkin memilih untuk menerima sedatif jika anda suka. Bincangkanlah perkara ini dengan doktor anda.

Rawatan

Di dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak kemajuan telah dibuat di dalam rawatan leukemia akut, terutamanya leukemia limfoid akut. Rawatan utama yang digunakan ialah kemoterapi. Bagi sesetengah orang pula, transplan sel batang mungkin merupakan opsyen yang selanjutnya.

Orang yang diserang leukemia limfoid kronik mungkin tidak memerlukan rawatan buat beberapa tahun lamanya tetapi menjalani pemeriksaan dan ujian-ujian darah secara kerap untuk mengawasi penyakit ini. Orang yang diserang leukemia mieloid kronik, di peringkat-peringkat awal, selalunya diberi dos-dos kemoterapi yang sederhana atau suntikan interferon.

Kemoterapi

Kemoterapi ialah rawatan kanser menggunakan dadah anti kanser (sitotoksik) . Tujuannya ialah untuk membunuh sel-sel kanser sambil sebaik mungkin tidak memudaratkan sel-sel normal. Dadah ini bertindak dengan menghentikan sel-sel ini daripada membesar dan membiak.

Dadah-dadah kemoterapi biasanya diberikan secara intravena, iaitu, ia disuntik masuk ke dalam vena. Untuk mengelak daripada menerima suntikan yang berulang-ulang, suatu keteter intravena yang tahan lama selalunya digunakan. Dadah ini boleh dicampurkan kepada titisan cecair yang bersambung pada keteter itu.

Apabila dos-dos yang sederhana diperlukan, dadah kemoterapi mungkin diberikan di dalam bentuk tablet atau suntikan yang ringkas di bawah kulit. Leukemia limfoid kronik dan leukemia mieloid kronik biasanya dirawat begini. Jika leukemia mieloid kronik berubah menjadi fasa yang lebih aktif selepas beberapa tahun, kemoterapi yang lebih kuat mungkin diberikan.

Bagi sesetengah orang, kemoterapi bagi leukemia akut akan bermakna anda terpaksa berada di hospital selama beberapa minggu untuk menerima rawatan. Yang lainnya pula mungkin boleh tinggal di rumah tetapi perlu ke hospital dengan kerap untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan-rawatan lanjut.

Tiga fasa kemoterapi yang berbeza dijalankan untuk merawat leukemia akut - terapi induksi, terapai konsolidasi dan terapi sambungan.

Terapi induksi

Rawatan bermula dengan terapi induksi, yang biasanya berjalan selama empat hingga enam minggu. Fasa ini merupakan fasa rawatan yang bersungguh-sungguh dengan matlamat untuk membinasakan sebanyak mungkin sel-sel darah putih abnormal untuk mencapai suatu remisi.

Anda dikatakan berada di dalam remisi apabila darah dan sum sum tulang anda tidak lagi mempunyai tanda-tanda leukemia yang dapat dikesan.

Pesakit yang mempunyai leukemia limfoid akut akan menerima terapi yang lebih apabila remisi dicapai. Oleh kerana kumpulan-kumpulan mikroskopik sel-sel leukemia mungkin telah merebak ke cecair spina, dadah anti kanser disuntik secara terus ke dalam cecair di sekeliling tulang belakang anda. Radioterapi mungkin juga diberikan. Pada kanak-kanak, penggunaan radioterapi dielakkan jika boleh kerana kesan-kesan sampingannya yang mungkin menjejaskan tumbesaran dan perkembangan.

Terapi konsolidasi

Setelah remisi dicapai, terapi berterusan dijalankan untuk mencegah kembalinya leukemia (dipanggil berulang). Matlamat fasa kedua ini ialah membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat dikesan yang mungkin telah selamat semasa rawatan pertama. Dadah anti kanser yang berlainan pula digunakan untuk mencuba mengatasi rintangan-rintangan yang mungkin ada pada sel-sel leukemia terhadap sesuatu dadah tertentu.

Terapi sambungan

Terapi sambungan ialah peringkat terakhir rawatan bagi leukemia limfoid akut kanak-kanak. Ianya diberi di dalam tempoh yang agak lama (dua hingga tiga tahun), tetapi matlamatnya adalah sama: untuk membinasakan sel-sel kanser yang masih tertinggal. Di dalam leukemia mieloid akut, walau bagaimanapun, peranan dan tempoh terapi sambungan masih di dalam kajian.

Secara am, fasa rawatan ini tidaklah seteruk dua fasa yang pertama itu. Ia mungkin kadang-kala diganti dengan transplan sel batang (sum sum tulang).

Kesan-kesan sampingan kemoterapi

Kesan kemoterapi yang paling penting ialah ia membunuh sel-sel leukemia. Tetapi ia juga mungkin menyebabkan kesan-kesan sampingan. Sel-sel yang normal dapat memperbaharui diri masing-masing dengan lebih baik selepas kemoterapi berbanding dengan sel-sel leukemia, tetapi sesetengah sel normal yang membahagi dengan pantas (seperti sel-sel rambut) mungkin terjejas oleh kemoterapi.

Tindak balas adalah berbeza-beza mengikut dadah yang berbeza, orang yang berbeza dan di antara suatu siri rawatan dengan yang lain. Dos-dos kemoterapi, yang sederhana seperti yang digunakan bagi rawatan leukemia kronik, selalunya menyebabkan sedikit sahaja kesan sampingan.

Kesan-kesan sampingan yang paling biasa ialah rasa loya dan muntah-muntah, kelihatan pucat dan letih, rambut gugur, cirit-birit, sembelit dan sakit mulut. Jika sel-sel darah normal terjejas, mungkin juga terdapat masalah jangkitan dan perdarahan.

Ingatlah bahawa langkah-langkah sentiasa diambil sama ada untuk mencegah atau mengawal sebarang tindak balas. Bertanyalah doktor atau jururawat anda untuk mendapatkan maklumat tentang rawatan kemoterapi yang anda jalani.

Mintalah nasihat tentang tindak balas-tindak balas yang mungkin anda alami dan cara-cara terbaik untuk mengatasi tindak balas tersebut.

Transplan sel batang (sum sum tulang)

Rawatan ini membolehkan anda menerima dos-dos kemoterapi yang lebih tinggi daripada biasa; ini mungkin meningkatkan peluang anda untuk sembuh. Bagi pesakit yang lebih muda yang menghidapi leukemia akut dan telah mencapai remisi, rawatan ini akan meningkatkan lagi peluang bagi remisi jangka panjang dan mungkin juga untuk sembuh.

Transplan sel batang jarang digunakan sebagai rawatan permulaan bagi kanak-kanak yang diserang leukemia limfoid akut kerana keputusan-keputusan yang cemerlang biasanya akan dapat dicapai melalui kemoterapi.

Sel-sel batang ialah sel-sel darah peringkat awal yang berkembang di dalam sum sum tulang (tisu lembut di dalam tulang). Dos-dos kemoterapi yang tinggi boleh merosakkan sel-sel batang. Sel-sel batang, yang diinfusikan ke dalam tubuh anda seperti pemindahan darah, boleh menyelamatkan sum sum tulang anda daripada kesan-kesan rawatan.

Terdapat dua sumber sel-sel batang: autologus, di mana anda bertindak sebagai penderma anda sendiri dan alogenis, di mana seseorang yang lain ( biasanya ahli keluarga, atau kadang-kala seorang yang lain yang tiada kaitan, yang mempunyai tisu yang sepadan) menderma. Jika anda menjadi penderma sendiri, sel-sel batang akan diambil sebelum anda menerima kemoterapi berdos tinggi. Ini mungkin dijalankan semasa anda sedang pulih daripada siri rawatan kemoterapi yang lain termasuk suntikan faktor pertumbuhan, atau selepas suntikan faktor pertumbuhan sahaja. Faktor pertumbuhan ini menggalakkan sum sum tulang untuk menghasilkan jumlah sel-sel batang yang banyak supaya dapat diambil.

Sel-sel batang autologus biasanya diambil daripada saluran darah di dalam suatu proses yang dipanggil aferesis. Darah diambil dengan siring daripada suatu vena (biasanya di lengan) atau daripada suatu tiub yang kecil yang masuk melalui suatu vena di leher atau dada. Darah kemudiannya dilalukan menerusi suatu mesin yang boleh mengasingkan sel-sel darah dengan memutarnya pada kelajuan yang sangat tinggi. Suatu komputer digunakan untuk mengasingkan sel-sel batang yang diisikan ke dalam beg pengumpul, dan sel-sel darah yang tertinggal akan dikembalikan ke tubuh anda semula. Suatu antikogulan digunakan di dalam proses ini dan ini mungkin menyebabkan rasa berdenyut di dalam jari atau bibir anda. Maklumkan kepada jururawat jika ini berlaku dan ubahsuaian boleh dibuat.

Kadang-kala, sel-sel batang diambil terus daripada sum sum tulang di dalam suatu prosedur yang dijalankan di dalam bilik bedah semasa anda menerima anestetik am.

Transplan sel-sel batang dijalankan selepas tamatnya kemoterapi berdos tinggi. Sel-sel ini akan bergerak sendiri memasuki ruang-ruang sum sum tulang dan cantuman berlaku, yang kemudiannya memulihkan dan menghasilkan semula kiraan sel-sel darah normal. Lamanya masa yang diambil akan menentukan tempoh anda berada di hospital. Maklumat tertentu tentang jenis transplan yang anda akan terima dapat diperoleh daripada doktor atau jururawat anda.

Kesan-kesan sampingan transplan sel-sel batang

Semasa anda menjalani rawatan, anda akan cenderung terhadap jangkitan, boleh lebam dan berdarah dengan mudah, dan mungkin menjadi lemah, tidak begitu bertenaga. Kesan-kesan sampingan yang lain mungkin termasuk jangkitan mulut dan ulser, rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit atau perdarahan daripada pundi kencing. Beritahulah doktor atau jururawat anda jika anda mengalami mana-mana gejala tersebut supaya ianya boleh dirawat.

Imunoterapi dengan interferon

Interferon ialah suatu protein yang lazimnya dihasilkan oleh tubuh dan mempunyai kesan-kesan anti-kanser. Ia selalunya digunakan di dalam rawatan leukemia mieloid kronik. Interferon diberikan setiap hari melalui suntikan di bawah kulit.

Kesan-kesan sampingan rawatan interferon

Interferon boleh menyebabkan gejala-gejala seperti selesema (demam, sejuk-sejuk dan berpeluh-peluh) satu atau dua jam selepas suntikan. Sesetengah orang mengambil suntikan ini sebelum mereka masuk tidur supaya gejala-gejala ini tidak terlalu mengganggu kehidupan seharian. Kesan-kesan sampingan yang lain termasuk keletihan, hilang selera dan sakit otot.

Asid All-trans-retinoik

Jenis vitamin A ini digunakan untuk merawat suatu jenis leukemia mieloid akut yang dipanggil leukemia promielositik. Ia biasanya digunakan dengan kemoterapi dan telah menunjukkan keputusan yang sangat menggalakkan pada pesakit-pesakit tersebut.

Sesetengah orang mengalami pening kepala, kulit kering, mulut kering dan sakit tulang semasa menjalani rawatan ini.

Rawatan paliatif

Rawatan paliatif ialah rawatan yang melegakan atau mengurangkan kesakitan dan gejala-gejala lain penyakit ini yang mencemaskan. Penjagaan paliatif disediakan bagi orang-orang yang mengalami kesakitan dan rasa cemas yang berkaitan dengan kanser tidak kira peringkat rawatan kanser. Ini merupakan jenis rawatan yang mustahak bagi orang yang mengalami kanser yang telah lanjut, yang tidak mampu disembuhkan tetapi boleh berharap untuk menjalani hidup tanpa rasa sakit atau cemas jika ianya boleh dielakkan.

Penjagaan paliatif termasuk kelegaan kesakitan menggunakan dadah tahan sakit dan langkah -langkah lain. Kesakitan selalunya boleh dikawal dengan baik dengan ubatan secara oral.

Doktor biasa, pakar-pakar kanser dan pasukan-pasukan pakar penjagaan paliatif di hospital semuanya memainkan peranan penting dalam rawatan paliatif bagi orang yang menghidapi kanser peringkat awal atau yang telah lanjut.

Prognosis/Harapan

Bagi kebanyakan orang, remisi mungkin berlanjutan selama beberapa tahun sebelum masalah baru timbul. Semasa remisi, mereka berupaya menjalani kehidupan normal. Orang dewasa yang lebih muda yang mencapai remisi mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh dengan kemoterapi berdos tinggi dan transplan sel batang.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi leukemia limfoid akut boleh berharap untuk sembuh sepenuhnya dan ramai bekas-bekas pesakit kini telah dewasa dan mempunyai anak-anak sendiri. Harapan juga amat cerah bagi kanak-kanak yang menghidapi leukemia mieloid akut. Bagi kebanyakan orang, leukemia kronik boleh dikawal dan mereka menikmati kehidupan normal selama tempoh-tempoh yang panjang. Ramai orang mahu tahu tentang peluang leukemia mereka kembali semula atau berulang. Oleh kerana setiap orang berbeza, suatu jawapan yang pasti tidak mungkin dapat diberikan. Faktor-faktor seperti jenis leukemia tertentu yang dihidapi, gejala-gejala dan usia kesemuanya memberi kesan terhadap prognosis anda, oleh itu adalah lebih baik membincangkan keadaan anda dengan doktor anda.

Membuat keputusan tentang rawatan

Kadang-kala membuat keputusan tentang rawatan yang betul bagi anda adalah sangat rumit. Anda mungkin merasakan segala-galanya berlaku terlalu cepat sehinggakan anda tiada masa untuk berfikir semasak-masaknya. Orang lain pula akan mendapati bahawa penantian bagi keputusan ujian-ujian dan bagi rawatan amat merunsingkan.

Walaupun ada sesetengah orang merasakan yang maklumat yang diperoleh terlalu banyak, ada juga yang merasakan yang ianya tidak mencukupi. Anda harus memastikan yang anda faham sepenuhnya penyakit anda, rawatan-rawatan dan kesan-kesan sampingan yang mungkin supaya anda dapat membuat keputusan sendiri.

Jika anda diberi pilihan rawatan-rawatan, anda perlu menimbangkan kebaikan dan keburukan setiap rawatan. Jika hanya satu rawatan sahaja dicadangkan, minta doktor anda menjelaskan mengapa rawatan-rawatan lain tidak dicadangkan.

Sesetengah orang yang diserang kanser yang telah lanjut akan selalunya memilih rawatan walaupun peluang untuk sembuh amat tipis. Yang lain pula mahukan kepastian bahawa faedah rawatan adalah setimpal dengan sebarang kesan sampingan. Ada juga yang memilih rawatan yang pada pendapat mereka memberikan kualiti hidup yang terbaik. Ada juga sesetengah yang lain memilih tidak mahu menjalani rawatan tetapi hanya mahukan gejala-gejala diatasi apabila ianya timbul untuk mengekalkan kualiti hidup yang sebaik mungkin.

Berbincang dengan doktor anda

Anda mungkin mahu bertemu dengan doktor anda beberapa kali sebelum membuat keputusan muktamad tentang rawatan anda. Perundingan pertama apabila anda dimaklumkan yang anda menghidapi kanser lazimnya menekan perasaan dan anda mungkin anda tidak ingat banyak perkara. Biasanya adalah sukar untuk menerima semua kenyataan dan anda mungkin perlu bertanya soalan yang sama berulang kali. Anda memang berhak untuk mengetahui sama ada sesuatu rawatan itu mustahak buat anda dan anda berhak menerima atau menolaknya.

Sebelum anda berjumpa dengan doktor, adalah berguna untuk mencatat soalan-soalan anda. Terdapat suatu senarai soalan yang anda boleh tanyakan kepada doktor pada bahagian akhir ruangan ini yang mungkin dapat membantu anda. Mengambil nota juga adalah berguna. Ramai orang lebih suka ditemani seorang ahli keluarga atau kawan, untuk mengambil bahagian di dalam perbincangan, mengambil nota atau hanya untuk mendengar. Sesetengah orang mendapati bahawa membuat rakaman perbincangan ini juga berfaedah.

Berbincang dengan orang lain

Sebaik sahaja anda telah berbincang pilihan-pilihan rawatan dengan doktor anda, anda mungkin mahu berbincang dengan lebih lanjut perkara ini dengan keluarga atau kawan-kawan, dengan para jururawat , pegawai kebajikan hospital atau guru agama atau penasihat anda. Berbincang tentang perkara ini akan membuka jalan bagi anda menentukan tindakan yang paling sesuai bagi anda.

Pendapat lain

Anda mungkin mahu mendapatkan pandangan seorang pakar yang lain. Ini boleh difahami dan boleh menjadi sesuatu yang sangat berguna di dalam proses anda membuat keputusan. Pakar atau doktor anda dapat merujuk anda kepada seorang pakar yang lain dan anda boleh meminta semua rekod anda dihantar kepadanya bagi mendapatkan pendapat lain. Anda masih boleh mendapat pendapat lain jika anda telah memulakan rawatan atau masih mahu dirawat oleh doktor pertama anda.

Mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal
Doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda supaya menimbang untuk mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal.

Percubaan klinikal merupakan suatu bahagian yang penting di dalam kajian untuk mencari rawatan kanser yang lebih baik. Doktor-doktor menjalankan percubaan-percubaan klinikal untuk menguji rawatan yang baru atau yang diubahsuai dan melihat sama ada rawatan itu sebaik atau lebih baik daripada rawatan standard yang sedia ada. Ramai orang di seluruh dunia telah mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal yang telah menghasilkan peningkatan di dalam rawatan kanser. Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal terletak di tangan anda.

Jika doktor anda mengesyorkan anda mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal, pastikan yang anda benar-benar faham tentang tujuan-tujuan percubaan itu dan faedahnya kepada anda. Sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian atau tidak, anda mungkin ingin bertanya kepada doktor:

* Rawatan apakah yang diuji dan mengapa?

* Ujian-ujian apakah yang terlibat?

* Apakah risiko-risiko atau kesan-kesan sampingan yang mungkin ada?

* Berapa lama percubaan itu?

* Perlu saya pergi ke hospital untuk menjalani rawatan?

* Apakah yang akan saya lakukan jika sebarang masalah timbul semasa saya didalam percubaan itu?

Jika anda mengambil keputusan untuk menyertai percubaan klinikal rawak, anda akan diberi rawatan terbaik yang sedia ada atau rawatan baru yang mempunyai harapan cerah. Anda akan dipilih secara rawak untuk menerima salah satu rawatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya rawatan itu merupakan rawatan yang terbaik yang sedia ada.

Jika anda menyertai percubaan klinikal, anda berhak menarik diri pada bila-bila masa. Berbuat demikian tidak akan menjejaskan rawatan kanser anda.

Keputusan untuk menyertai percubaan klinikal terletak di tangan anda. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian, doktor anda akan membincangkan tentang pilihan-pilihan rawatan terkini yang terbaik dengan anda.

Penjagaan pemulihan dan susulan
Selepas rawatan anda disempurnakan, anda perlu menjalani pemeriksaan secara kerap. Doktor anda akan menentukan berapa kerapnya pemeriksaan anda kerana setiap orang adalah berbeza. Pemeriksaan ini lama-kelamaan akan berkurangan jika anda tidak lagi mempunyai masalah lanjut.

Jika ada penyakit yang timbul atau berulang, ia selalunya dapat dirawat dengan jayanya. Rawatan yang digunakan bagi penyakit yang berulang selalunya berlainan daripada rawatan yang pertama.

Mendapatkan Sokongan

Apabila anda pertama kali didiagnosis dengan kanser, anda mungkin dilanda pelbagai perasaan seperti takut, sedih, murung, marah atau kecewa. Meluahkan perasaan anda kepada pasangan anda, ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan, atau dengan kaunselor hospital, pegawai kebajikan, pakar psikologi atau penasihat agama anda mungkin dapat menenangkan diri anda.

Kadang-kala anda akan dapati yang kawan-kawan dan keluarga anda tidak tahu apa yang harus diperkatakan kepada anda; mereka mungkin menghadapi kesukaran menyatakan perasaan mereka juga. Sesetengah orang akan merasa serba salah sehinggakan mereka mengelak bersua dengan anda. Mereka mungkin mahukan anda 'membuka jalan' dengan memberitahu mereka apa yang anda perlukan. Perkara ini boleh menjadi sangat sukar untuk ditanggung dan boleh membuat anda berasa kesunyian. Anda mungkin berupaya mendekati kawan-kawan anda secara langsung dan memberitahu mereka apa yang diperlukan. Anda juga boleh memilih untuk meminta ahli keluarga atau kawan yang rapat untuk berbicara dengan orang lain bagi pihak anda.

Diet

Diet yang seimbang dan berkhasiat akan membantu anda merasa sesihat yang mungkin dan berdepan dengan kanser dan kesan-kesan sampingan rawatan. Bergantung kepada jenis rawatan yang anda telah jalani, anda mungkin mempunyai keperluan diet yang khas. Seorang pakar pemakanan boleh membantu merancang makanan terbaik bagi keadaan tertentu anda - makanan yang menyelerakan, mudah dimakan dan berkhasiat.

Teknik-teknik bersantai

Sesetengah orang mendapati bahawa bersantai atau tafakur membantu mereka rasa lebih sihat. Pusat Sumber dan Kesejahteraan menawarkan kelas-kelas Bersantai dan Tafakur.

Keseksualan dan kanser

Kita semua adalah makhluk yang mempunyai keinginan seks dan hubungan yang intim membuatkan hidup kita lebih bermakna. Rawatan-rawatan kanser dan kesan-kesan psikologi kanser mungkin menjejaskan diri anda dan pasangan anda di dalam cara-cara yang berbeza.

Sesetengah orang akan menyisihkan diri kerana kekecewaan akibat tidak dapat mengatasi kesan-kesan kemoterapi dan radioterapi ke atas diri dan pasangan mereka. Orang yang lain pula mungkin memerlukan hubungan seksual dan perasaan intim untuk memberi mereka keyakinan.

Komunikasi adalah penting di dalam menangani keraguan dan masalah yang mungkin timbul. Berbicaralah tentang perasaan ini dengan pasangan anda. Cubalah kedudukan dan amalan-amalan berbeza untuk mengetahui apa yang dirasakan baik dan memuaskan diri anda berdua. Jika anda berasa sukar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti seks anda seperti biasa, berbincanglah dengan doktor atau kaunselor yang terlatih supaya anda dapat memperoleh nasihat yang terbaik.

Kumpulan-kumpulan sokongan kanser

Kumpulan-kumpulan sokongan kanser saling memberikan sokongan dan maklumat kepada orang-orang yang menghidap kanser dan juga, selalunya, kepada keluarga-keluarga mereka. Berbicara dengan orang lain yang telah melalui pengalaman yang sama boleh membantu. Kumpulan-kumpulan sokongan juga boleh menawarkan syor-syor yang bernas dan juga cara-cara mengatasi.. 

Menjaga seseorang yang diserang kanser

Menjaga seseorang yang diserang kanser boleh menimbulkan ketegangan, terutamanya jika orang itu sangat anda sayangi. Jaga diri anda semasa waktu ini. Berilah peluang kepada diri anda untuk berehat dan berkongsilah kebimbangan dan keraguan anda dengan seseorang yang lain.

Anda mungkin terpaksa membuat banyak keputusan. Anda juga mungkin terpaksa memenuhi banyak temu janji dengan doktor, perkhidmatan sokongan dan hospital-hospital. Ramai orang mendapati bahawa membawa bersama seorang ahli keluarga yang lain atau kawan yang rapat amat melegakan. Adalah juga membantu apabila anda menulis semua soalan terlebih dahulu dan mengambil nota semasa temu janji.

Keahlian kumpulan sokongan kanser biasanya terbuka kepada para pesakit dan penjaga mereka. Kumpulan sokongan boleh menawarkan peluang berkongsi pengalaman dan cara-cara mengatasi.

Maklumat bagi Kanser dan Perkhidmatan Sokongan
Pusat Sumber dan Kesejahteraan (The Resource and Wellness Centre) ialah suatu perkhidmatan di bawah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Ia memberikan khidmat maklumat melalui telefon dan perkhidmatan sokongan bagi orang-orang yang berkait dengan kanser. Perkhidmatan ini dianggap sulit di mana anda boleh membincangkan kebimbangan dan keperluan anda dengan kakitangan yang dilatih khas. Kakitangan pusat ini akan menghantar kepada anda maklumat bertulis dan boleh menghubungkan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai di tempat tinggal anda. 

Anda mungkin akan mendapati yang senarai semak yang berikut berguna apabila memikirkan tentang soalan-soalan yang anda mungkin ingin tanyakan kepada doktor anda tentang penyakit dan rawatan anda.

1. Kanser jenis apakah yang saya hidapi?

2. Berapa teruk kanser saya?

3. Apakah rawatan yang doktor nasihati bagi kanser saya dan mengapa?

4. Adakah terdapat pilihan-pilihan rawatan bagi saya? Jika tidak, mengapa?

5. Adakah terdapat percubaan-percubaan klinikal rawatan-rawatan baru yang patut saya ketahui?

6. Apakah risiko-risiko dan kesan-kesan sampingan yang mungkin setiap rawatan tersebut?

7. Adakah saya terpaksa tinggal di hospital, atau adakah saya akan dirawat sebagai pesakit luar?

8. Berapa lama masa yang diambil bagi rawatan? Berapa banyak kesannya ke atas apa yang saya boleh lakukan? Berapa tinggi kosnya?

9. Adakah saya akan menanggung kesakitan akibat rawatan? Apakah yang akan dilakukan untuk mengatasinya?

10. Jika saya perlukan rawatan lanjut, bagaimanakah rawatan itu dan bilakah ianya akan bermula?

11. Adakah rawatan itu akan menjejaskan hubungan seksual saya?

12. Berapa kerap pemeriksaan yang harus diadakan dan apakah yang terlibat?

13. Adakah terdapat sebarang masalah yang harus saya berwaspada akannya?

14. Saya inginkan pendapat yang lain. Bolehkah anda merujuk saya kepada doktor lain?

15. Adakah kanser saya penyakit keturunan? (Penyakit yang diwarisi di dalam keluarga?)

Jika terdapat sebarang jawapan yang anda tidak fahami, janganlah ragu-ragu untuk mengatakan, "Bolehkan anda jelaskan perkara tadi sekali lagi?" atau, "Saya tidak faham apa yang anda maksudkan dengan ..."