Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, 9 September 2014

Tokoh Penterjemah Al-Quran Ke Bahasa Jepun


Tokoh Penterjemah Al-Quran Ke Bahasa Jepun | Imam Shumei Okawa (?? ? ? Shumei Okawa, December 6, 1886 � December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.

Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.

Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab.

Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.

Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.

Imam Shumei Okawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.

Beliau telah dituduhkan sebagi seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal.

Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shumei Okawa pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama.

Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.

Subhanallah, Alhamdulillah�. semua orang yang membaca al Qur�an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur�an hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.

Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus al�aala.

Saturday, 6 September 2014

Kisah Seorang Model Tugu Negara


Kisah Seorang Model Tugu Negara | Ramai yang tahu tujuan Tugu Negara dibina adalah untuk memperingati perajurit yang gugur ketika Perang Dunia Pertama, Kedua dan ketika zaman Darurat, namun ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik pembinaan tugu tersebut terdapat lima askar terpilih yang diminta menjadi model ukiran terbabit.

Salah seorang model tersebut ialah penduduk Kampung Kuala Atok, di sini yang juga merupakan seorang bekas askar berpangkat prebet, Zainal Buyong, 81.

Menurut Zainal, Tugu Negara yang asal dibina pada tahun 1958 di mana pemilihan model untuk membuat ukiran itu dilakukan secara rawak.

�Suatu hari, kami sepasukan askar yang bertugas di Kuala Lumpur didatangi seorang tukang ukir Australia yang berpangkat sarjan.

�Ketika itu sarjan itu hanya menuding jari kepada kami berlima, Saya tanya pada sarjan itu kenapa pilih kami, dia jawab arahan dari Ratu Elizabeth supaya menggunakan model askar sebenar sebagai panduan untuk membuat ukiran Tugu Negara terbabit,� katanya.

Tambahnya, dia diminta untuk memegang bendera asal Jalur Gemilang yang tidak mempunyai bintang ketika itu di sebelah kanan tangannya, manakala tangan kirinya diminta untuk mengangkat sedikit sebagaimana patung teratas yang memegang bendera di Tugu Negara terbabit.

�Ketika itu, lima orang askar terpilih termasuk saya. Saya masih ingat dua askar yang berasal dari Kedah. Seorang bernama Ramli dengan nombor tentera 9408 manakala seorang lagi jika tidak salah namanya Hashim dengan nombor tentera 9409.

�Saya ingat mereka berdua kerana nombor tentera mereka hampir sama dengan saya iaitu 9406. Saya tidak ingat nama dua lagi askar yang terpilih dan saya cuma ingat dua lagi itu berasal dari Johor. Tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau sudah tiada,� katanya.

Zainal atau juga dikenali dengan nama Sanor dalam kalangan penduduk Kampung Kuala Atok juga berkata, dia tidak menceritakan kepada sesiapa kisah dirinya yang merupakan model Tugu Negara.

Namun dikatakan kisahnya mula terbongkar ketika dia ke Kuala Lumpur untuk memohon bantuan membaiki rumah dari Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kerana rumahnya yang rosak teruk akibat dihempap pokok durian, tahun lalu.

�Sebaik sahaja mereka mendapat tahu saya merupakan model Tugu Negara yang mereka cari selama ini, mereka telah membantu saya dengan membina rumah baru bagi menggantikan rumah saya yang rosak teruk itu.

�Saya tidak menyangka akan terima penghargaan sebegini rupa dan berterima kasih kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan JHEV kerana telah menyediakan rumah ini yang siap sepenuhnya sekitar Mac lalu,� katanya.

Bapa kepada tujuh orang anak ini juga tidak pernah menceritakan pengalaman itu kepada anak-anaknya sebaliknya anaknya mengetahui kisah bapa mereka itu melalui satu keratan akhbar yang disiarkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun lalu.

Anaknya, Sulaiman Bakhtiar Zainal, 36, berkata, dia amat terkejut melihat wajah ayahnya yang terpampang di dada akhbar kerana bapanya tidak pernah menceritakan tentang dirinya yang pernah menjadi model Tugu Negara.

�Saya belek surat khabar dan terkejut melihat gambar ayah saya. Selepas itu, barulah dia buka mulut dan bercerita kepada kami.

�Sebagai anak, tentulah saya berasa bangga dengan apa yang dilakukan oleh ayah saya dan berharap dapat mewarisi sejarah ayah saya ini kepada generasi kami yang seterusnya,� katanya.

Menurutnya, Tugu Negara yang dibina kini sedikit berbeza berbanding pada hari ia mula dibina pada tahun 1958 terutama dari sudut saiz bendera yang lebih besar berbanding asalnya.

Tidak hanya pernah menjadi model Tugu Negara, Zainal juga tidak dapat melupakan beberapa detik pahit manis ketika menjadi askar bermula tahun 1952 sehingga tamat perkhidmatan pada tahun 1961.

�Ketika mula menjadi tentera, umur saya ketika itu baru 20 tahun. Saya dan seorang lagi rakan dari Kampung Kuala Atok, Zakaria, menyertai tentera ketika itu.

�Saya menjalani latihan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan kemudiannya dihantar menyertai Batalion ke-5 di Kem Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah sebelum dipindah ke Johor dan kemudiannya ke Kuala Lumpur,� katanya.

Kata Zainal, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah ketika berperang menentang Komunis di Gunung Bongsu, Kedah pada tahun 1955.

�Ketika sedang melakukan operasi, saya terdengar seperti bunyi senapang yang tidak meletup. Saya memaklumkan kepada ketua operasi kami Mejar Speller berkaitan perkara terbabit.

�Sebaik diperiksa, kami menemui beberapa butir peluru senapang tidak meletup di atas tanah. Peluru senapang itu seperti telah diketuk menyebabkan ia tidak dapat meletup.

�Mejar Speller yang pelik melihat keadaan terbabit mengatakan saya telah menggunakan ilmu hitam bagi mematahkan serangan komunis. Saya tidak kata ia ilmu hitam, tapi boleh dikatakan askar Melayu ketika itu ramai yang memiliki ilmu kebal.

�Kerana ingin mempelajari ilmu kebal terbabit, Mejar Speller meminta saya mengikutnya pulang ke England. Malah Mejar Speller sanggup memeluk Islam kerana ingin menuntut ilmu terbabit sebagai salah satu syarat namun saya enggan mengikutnya kerana sayangkan
tanahair,� katanya.

Selain itu, antara pengalaman lain ialah Zainal dikatakan pernah dipenjara selama seminggu di lokap dikenali sebagai �Guard Room� kerana dikatakan melaung seruan 'Merdeka'.

�Kejadian terbabit berlaku di Kem Kepala Batas pada tahun 1956. Suatu hari saya mendengar laungan orang kampung menyebut perkataan 'Merdeka', dan kemudian saya menyahut seruan terbabit.

�Seorang tentera British berpangkat RSM (Sajan Mejar Rejimen) memarahi saya kerana melaungkan perkataan terbabit sedangkan Tanah Melayu ketika itu masih di bawah jajahan mereka. Disebabkan itu saya dipenjarakan,� katanya,

Tambahnya, dia pernah dihujani peluru ketika berada di medan perang menentang Komunis di Gunung Bongsu, Kedah suatu ketika dahulu.

�Ketika itu kiri kanan terdengar bunyi tembakan yang tidak berhenti. Kejadian tembak menembak itu berlaku selama 45 minit. Dalam tempoh itu, saya berjaya membunuh tiga tentera pengganas Komunis,� katanya.

Menurutnya, atas jasa berkhidmat kepada negara, dia dan rakan seperjuangan ketika itu menerima pingat GSW atau kini dikenali sebagai Pingat Perkhidmatan Am (PPA).

Thursday, 4 September 2014

Bendera Malaysia - Jalur Gemilang


Bendera Malaysia - Jalur Gemilang | 14 Jalur Merah dan Putih, Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan. 

Biru Tua
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

Anak Bulan
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).

Bintang Pecah 14
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Warna Kuning
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sejarah Bendera Malaysia
("Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.")

Jalur Gemilang

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Jalur

Menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

Gemilang

Bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Sunday, 31 August 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta


Disini Lahirnya Sebuah Cinta | Malaysia...di sini lahirnya sebuah cinta. Sangat mendalam ayat ini,,,ianya dapat ditafsirkan dari pelbagai sudut yang berbeza setiap individu tetapi akhirnya menjurus kepada sebuah cinta yang besar dan sangat bermakna.

Cinta adalah suatu perasaan yang positif iaitu rasa sayang yang mendalam.

Cinta boleh terarah ke semua benda / makhluk di dunia ini mengikut keadaan psikologi dan pemikiran setiap individu.

Antara jenis cinta yang biasa kita lihat / alami ialah :

-Cinta terhadap keluarga
-Cinta terhadap agama
-Cinta terdhapa rakan-rakan
-Cinta terhadap kekasih
-Cinta terhadap diri sendiri
-Cinta terhadap bangsa

Dimanakah tempat lahirnya cinta-cinta ini ? 

Sudah tentu di Malaysia, tanah dimana tok nenek, ibu bapa, adik-beradik, diri kita sendiri dilahirkan, mencari rezeki dan berkongsi kasih sayang selama ini.



Tanah dimana kita bermain, membesar, menimba ilmu, mengenal rakan, kekasih dan mengenal erti kehidupan itu sendiri.

Tanah dimana anak kita membesar dan meneruskan legasi keluarga.

Tanah dimana kita mencari rezeki, berjuang dan berkubur suatu hari nanti.

Justeru, wajarlah jika aku katakan semua cinta-cinta yang kita kongsi selama ini layaknya kita simpulkan menjadi sebuah cinta, iaitu cinta pada tanah, pada negara yang berbakti dan membina kita selama ini. 



Cinta yang menyatukan kita semua tidak mengira kaum, warna kulit dan agama. Cinta yang menguatkan dan melindungi tanahair kita dari kuasa luar serta kehancuran. Iaitu CINTA PADA MALAYSIA !

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57 buat seluruh rakyat Malaysia !
Malaysia... sini lahirnya sebuah cinta.

Wednesday, 27 August 2014

Wajib Baca: Asal-Usul Nama Malaysia


Wajib Baca: Asal-Usul Nama MALAYSIA | Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun 1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja.

Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil �Malay States�, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil �Federation of Malaya�, atau �Malaya� sahaja.

Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan �IA�. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA.

Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan �land� , �tan� dan �ia�. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud �tanah�. �Land� ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, �tan� dari bahasa Farsi, dan �ia� dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan �land� ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau �ice�), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya.

Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai). Antara nama-nama negara berakhir dengan �tan� ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan �ia�. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi �latinised� berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU.

Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.

Sumber - CariGold