Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

60% Kakitangan Awam Yang Gaji RM3,000 Sebulan & Ke Bawah Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?


60% Kakitangan Awam Yang Gaji RM3,000 Sebulan & Ke Bawah Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya? | : Entahlah�apabila difikirkan semula, siapalah yang memberikan �buah fikiran� dangkal contohnya sebelum ini undang-undang supaya pembeli asing hanya layak membeli rumah melebihi RM500,000 bagi Berita Semasa adalah undang-undang yang telah menindas rakyat yang berpendapatan serdahana dan rendah, terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar di Malaysia. Akhirnya dakah undang-undang tersebut berjaya melindungi rakyat marhaen atau tidak?

Tidak sama sekali lagi, malah undang-undang tersebut dilihat sebagai �peluru hidup� kepada pemaju bagi mendapatkan �lesen secara halal� di mana secara mudah mereka boleh menaikkan dan membangunkan projek-projek melebihi RM500,000. Bukan sahaja tidak selesai, malah bertambah teruk lagi. Natijahnya kebanyakan projek-projek baru telah diletakkan pada paras permulaan harga yang tinggi, kebanyakannya bermula lebih RM500,000.

Selain rakyat Malaysia umumnya, kalangan kakitangan awam turut terasa melalui satu kajian yang diperolehi daripada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) apabila mendapati sebenarnya:

-60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memilki rumah sendiri.

-Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kategori ini?

Masih ramai lagi sebenarnya yang tidak mempunyai rumah sendiri sebenarnya. Sebelum ini menteri telah menetapkan kalangan rakyat Malaysia yang menerima pendapatan sekitar RM3,000 boleh dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini yang bertajuk :


Kemampuan Penjawat Awam VS Kakitangan Swasta Beli Rumah Sendiri?

Hakikatnya hari ini 60% penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan masih lagi tidak mampu memilki rumah sendiri. Itu angka dan kajian yang diperolehi melibatkan kakitangan awam. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta?
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor mencadangan pihak kerajaan mengambil perhatian serius dengan cara pertamanya, mengurangkan kadar faedah pinjaman 4% yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus. Dan keduanya adalah kenaikan gaji kakitangan awam naik disegerakan bagi emngimbangin kenaikan harga rumah di Malaysia sekarang ini.

Kenaikan Harga Rumah di Malaysia : Cadangan Bendung Lonjakan Harga?
Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :
Pinjaman Rumah Kerajaan



1) Kenakan RPGT 75%. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.

2) Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja. Ini ada yang Berita Semasa perhatikan sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.

3) Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi 
sebegini perlu dihentikan segera

4) Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini

5) Akhirnya sekali, kerajaan perlu sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR

6) Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah)

Dengan melaksanakan beberapa pelan yang dicadangan seperti di atas ini bukan sahaja kakitangan awam yang mendapat manfaat tetapi seluruh rakyat Malaysia menerima tempias untuk memiliki rumah di tanahair sendiri pada pada harga yang berpatutan. Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan berminat untuk melaksanakan dasar-dasar seperti di atas bagi membendung lonjakan harga rumah sehingga tidak terkawal?
Apa respon kakitangan awam di sini? Mengapa kakitangan awam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dilihat masih ramai lagi yang tidak mampu memiliki rumah sendiri?\
\
By Staff Berita Semasa

Monday, 25 August 2014

Tips Jimat Minyak


Tips Jimat Minyak | Tips jimat minyak yang saya selalu praktikkan. Kekadang tu tak semuanya saya ikut, tapi bila dah ada panduan ni, sayaselalulah beringat terutama di tengah-tengah bulan bila duit dalam poket dah mula kering.

Di sini saya akan memberikan tips praktikal panduan secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol kenderaan anda dengan mudah dan berkesan.. ye ker..tak caya cer try dulu..   -

1. Bawa kereta dalam kelajuan yang sederhana tetapi konsisten

Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kelajuan 70 � 90 km sejam adalah speed yang bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan. Memandu melebihi 90 kilometer sejam akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j bertambah 15 peratus dan 110 km/j bertambah sebanyak 25 peratus. Ia berbeza bagi setiap cc kenderaan anda, lagi tinggi cc kenderaan anda lagi banyak minyak dibakar. Pandu terlalu perlahan pula membebankan kenderaan dan gear yang menyebabkan enjin keletihan yang akhirnya enjin tu terpaksa menelan minyak yang banyak untuk menghilangkan dahaga.. betul ke teori aku tu..

2. Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk.

Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, anda boleh merasa perbezaannya, sebagai contoh; sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap dengan ketara dan seringkali anda dapat menghidu baunya. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian minyak, anda perlu menjadikan amalan mengisi petrol di awal pagi, malam atau ketika cuaca sejuk.

3. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.

Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Ini kerana bahagian-bahagian enjin mendapat rawatan yang berkala setelah anda menggunakan khidmatnya untuk tempoh yang tertentu. Jangan malas nak periksa tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara (benda penting yang bersangkut paut dengan enjin). Sebaiknya 4 bulan sekali kenderaan anda tu perlu diselenggara.

4. Isi minyak anda secara perlahan-lahan

Biasanya kalau di stesen minyak, kita nak cepat dan kita tarik toggle pump minyak tu di tahap paling maksimum dengan andaian minyak akan masuk dengan lebih banyak dan cepat. Tetapi andaian anda tu salah, anda sepatutnya isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol atau diesel tadi dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas.

5. Isikan minyak sehingga tangki penuh.

Ramai yang tersilap benda ni. Ada yang mengatakan kenderaan akan menggunakan minyak yang banyak kerana beban dah jadi berat sebab minyak dah full tank. Tetapi anda silap, sebenarnya, minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki minyak anda banyak yang kosong. Benarnya tips ini tidak boleh disangkal lagi, petrol atau diesel sifatnya meruap. Semakin besar ruang semakin banyak petrol atau diesel meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin dan sudah tentunya ia merugikan anda. Jadi untuk itu disarankan untuk penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda �E� baru nak diisi. Lagi satu bila anda isi minyak sikit-sikit , anda perlu sering ke stesen minyak, alangkah malangnya kalau rumah atau tempat kerja kita terletak jauh dari stesen minyak.. takke rugi juga tu.. hehehe

6. Gunakan bahan rawatan petrol untuk enjin anda

Sekarang dah banyak produk untuk rawatan enjin di jual di pasaran. Anda cuma perlu memilih produk yang bersesuaian dengan enjin kereta anda. Sebaiknya searchlah kat internet terlebih dahulu. Carilah produk yang ramai orang guna dan terbukti berkesan, jangan pula beli yang kat pasar malam ataupun pasar minggu tu. Itu biasanya tak melalui analisis yang sempurna, so tak boleh dipercayai sangat, takut-takut datangkan efek lain pada kenderaan anda pula nanti.

7. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan.

Tahap angin sebenarnya bergantung pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Kalau boleh, dua minggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik juga memastikan cengkaman tayar di tahap yang baik dan pada yang sama memanjangkan jangka hayat tayar kita daripada haus dengan cepat disebabkan geseran antara tayar dan permukaan jalan yang tidak seimbang.

8. Kurangkan penggunaan air cond / penghawa dingin

Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak memerlukan anda untuk menghidupkan penghawa dingin. Buka tingkap sedikit untuk pengudaraan berfungsi. Penggunaan aircond sebenarnya meningkatkan penggunaan minyak. Enjin menjadi lebih berat, kalau anda tak percaya cuba matikan air cond sewaktu kenderaan anda mendaki bukit, pasti anda akan rasa perbezaan yang ketara dari segi bunyi dan prestasi enjin kenderaan anda tu.

9. Jangan buka tingkap terlalu luas

Bila dah matikan aircond, janganlah pulak buka tingkap luas-luas. Kenderaan anda akan menjadi lebih berat sebab angin yang masuk kedalam kereta anda akan terperangkap. Jadi bukalah separuh dan satu atau dua tingkap saja untuk membolehkan pengudaraan berjalan dan bukannya semua tingkap.

10. Kurangkan beban

Barang-barang yang tidak perlu dalam kenderaan perlulah dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan. Mengikut kajian, penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

11. Matikan enjin kenderaan anda jika perlu

Jika kenderaan tidak bergerak terlalu lama, matikanlah enjin kenderaan anda, sebagai contoh; bila anda sedang menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak. Kalau anda ni seorang yang brutal, tiap kali berhenti kat trafik light, anda matikanlah enjin anda, mesti semua orang tengok anda sambil mengeleng-ngelengkan kepala. Hehehe.. kedekut tahi hidung masin budak ni.. bisik mereka dalam hati..

12. Gunakan gear yang sesuai mengikut situasi

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin dipaksa bekerja lebih banyak. Begitu juga bila mendaki bukit, jangan gunakan gear tinggi sebab enjin anda takkan mampu mendakinya, gunakan gear rendah terlebih dulu. Ni juga boleh menyelamatkan gear anda dari cepat rosak. Jangan segan-segan nak gunakan mod �ekonomi� jika kereta anda memilikinya.

13. Jangan brek mengejut

Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek secara mengejut kerana ini akan menyebabkan enjin anda terkejut dan sekali gus menyebabkan enjin anda cepat penat, yela nak start speed balik.

14. Rancang hala tuju perjalanan anda

Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dengan pelbagai kerja. Misalnya balik kerja dari pejabat, anda boleh singgah beli barang rumah kat mana-mana kedai berdekatan. So hujung minggu dah tak perlu lagi nak keluar, minyak pun save�

Sumber


Sunday, 24 August 2014

Bajet 2015 Bantu Tangani Kos Sara Hidup Rakyat � Menteri Kewangan


Bajet 2015 Bantu Tangani Kos Sara Hidup Rakyat � Menteri Kewangan | Kerajaan memberi tumpuan serius dalam membantu menambah pendapatan rakyat yang kini berdepan peningkatan kos sara hidup.
    
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perkara itu antara 30 inisiatif kerajaan dalam Bajet 2015, yang akan dibentang pada 10 Oktober ini dalam usaha membantu rakyat mengatasi peningkatan kos sara hidup.
    
Beliau berkata kerajaan dijangka mengumumkan peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain memastikan peningkatan perbekalan barangan makanan dan pengurangan peranan orang tengah.
    
�Bila cakap kos hidup ini, ia sepadan antara permintaan dan perbekalan, jadi kita akan pastikan perbekalan terutama barangan makanan meningkat dan kita telah berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimana hendak meningkatkan bekalan makanan termasuk ikan.
    
�Contohnya, dalam bajet ini kita mahu ikan dalam sangkar ditambah berbanding ikan di dalam laut dan keduanya, kita melihat kepada rantaian bekalan bagi mengurangkan peranan orang tengah.
    
�Jadi kita mahu agensi terlibat seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sebagainya akan memainkan peranan penting,� katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini hari ini.
    
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta, Datuk Mohd Soffi Abd Razak dan Adun Padang Tengku, Datuk Mustapa Long.
    
Ahmad Husni juga berkata bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan menyaksikan jumlah peruntukan yang lebih besar khususnya membabitkan perbelanjaan pembangunan.
    
Beliau berkata pada masa ini, kerajaan di peringkat akhir melihat sentuhan utama yang akan dimasukkan dalam Bajet 2015, terutama perkara menyentuh kesejahteraan rakyat.
    
Bajet kali ini juga, katanya, memfokus kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksana pada April 2015.
    
Sementara itu, mengulas persediaan pelaksanaan GST, Ahmad Husni berkata pihaknya menyasarkan lebih 123,000 syarikat mendaftar menjelang penghujung tahun ini. � Bernama

Sumber : Sinar