Showing posts with label Rencana. Show all posts
Showing posts with label Rencana. Show all posts

Friday, 12 September 2014

Kisah Seorang Doktor


Kisah Seorang Doktor | Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..

dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Saturday, 6 September 2014

Kesan Orang Yang Bahagia Di Sisi Kita


Kesan Orang Yang Bahagia Di Sisi Kita | Di kalangan ramai kawan-kawan kita, pasti kita kenal dengan seseorang yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara yang dilakukannya. Di tempat kerja, dialah penceria suasana. Kehadirannya menyemarakkan aura kegembiraan kerana keramahannya.

Kesan Orang Yang Bahagia Di Sisi Kita

Tatkala kita duduk bersahaja dan bersembang kerana bos tidak memberi kita tugasan, kawan kita yang ini tertunduk-tunduk membuat kerja. Oleh kerana dia rajin, bos akan lebihkan tugasannya. Dia tidak akan kompelin. Jika kerjanya sudah selesai, dia bersembang juga dengan kita. Tetapi tangannya pasti tidak diam mengemas meja, menyusun fail atau mengelap komputer.

Di dalam mesyuarat, dialah yang akan mengambil inisiatif untuk bangun menuang minuman dan mengagih karipap. Jika dia tidak mulakan untuk menghidang, kita tidak akan melakukannya kerana berasakan tugas itu bukannya kerja kita.

Bila ada tetamu datang ke pejabat, dia akan ambil tahu dengan siapa orang itu hendak bertemu walaupun itu tugas penyambut tetamu. Bila ada mentol lampu terbakar atau sinki di pantri pejabat yang tersumbat, dia akan bersingsing lengan untuk memperbaikinya. Tidak payah kita memanggil pendawai elektrik atau tukang paip untuk memperbetulkannya.

Berkawan dengannya amat menyenangkan. Apa sahaja bantuan yang kita pinta pasti akan dibereskannya. Kerana itu, seandainya dia inginkan pertolongan kita, kita tidak akan teragak-agak menghulurkan bantuan. Tetapi, dia pula jenis orang yang tidak gemar meminta pertolongan kita. Sebaliknya, dia suka menyelesaikan masalahnya sendirian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

Kalau kita tahu di mana rumahnya, pergilah berziarah. Kita akan lihat rumahnya serba lengkap. Di kediamannya ada semua. Televisyen, peti sejuk, mesin basuh, komputer, karpet, kerusi set dan segalanya. Namun, segala barangan di rumahnya serba sederhana, tersusun rapi dan bersih.

Berkenalanlah dengan anak dan isterinya. Mereka pun sama juga. Amat menyenangkan. Kerana itu, kita akan menjaga tata tertib bila di rumahnya kerana kita semakin hormat padanya. Kita hormati dia kerana dia telus dan tulus. Peribadinya di pejabat dan di rumah sama sahaja. Bukan hipokrat seperti sesetengah daripada kita.

Siapakah orang ini? Dia adalah orang yang bahagia. Dia bahagia kerana dia sudah berjaya. Berjaya menemui keharmonian di antara dirinya dengan anak isterinya, rakan-rakannya, jiran-jirannya dan dengan kehidupannya.

Daripada segi fizikal, oleh kerana dia sentiasa ligat bergerak, dia tiada masa untuk berasa risau. Bergerak adalah suatu bentuk tindakan. Orang yang bertindak akan sentiasa berasa yakin dan tetap pendirian. Pergerakannya secara automatik membuatkan dia fokus untuk menyudahkan apa yang ada di depan matanya.

Berbeza sekali dengan kita yang daripada jenis yang lambat bertindak. Bila kita lambat bertindak, kita jadi lembab dan akhirnya menangguhkan apa yang ingin kita lakukan. Orang tua ada berkata, kerja bertangguh tidak menjadi. Itulah kita berbanding dengan dia.

Daripada segi mental, oleh kerana sentiasa dalam mode bertindak, dia telah menguasai ketakutan. Istilah takut tiada di dalam kamus fikirannya kerana ia tidak sempat bersarang di dalam mindanya.

Kita, yang hanya membiarkan imaginasi bermain di fikiran akan membangkitkan segala ragu, was-was dan bimbang hingga ia menjelma menjadi ketakutan. Menangguhkan tindakan akan mencambah rasa kegagalan ~ tewas sebelum bermula.

Daripada segi spiritual pula kawan kita itu berasa bahagia kerana dia menjaga keharmonian dengan Tuhannya dengan cara menjaga ibadahnya. Dengan menjaga perhubungan itu, insya-ALLAH, rahmat ALLAH SWT sentiasa melimpahi kehidupan sehariannya.

Kita pula tidak bahagia dari segi spiritual kerana cuai menjaga perhubungan kita dengan ALLAH SWT. Seringkali ibadah kita ditinggalkan di dalam lipatan sejadah. Selepas solat, kita tidak bawa intisari ibadah itu bersama dalam urusan dunia.

Inilah yang membezakan dia dengan kita. Dia punyai segala meskipun sedikit. Kita punyai sedikit meskipun mahu segalanya.

Ingatlah apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, nescaya Allah akan memberikan apa yang kita mahu dan Allah akan menjaga hubungan kita dengan yang lain.

Kisah Sayu Pak Cik Tua Meninggal Dunia Tanpa Diziarahi Anak


Kisah Sayu Pak Cik Tua Meninggal Dunia Tanpa Diziarahi Anak | Menangis lihat seorang pakcik tua sakit lama dan meninggal dunia di hospital tanpa diziarahi oleh anak-anaknya...Semasa saya khidmat di sebuah wad menjaga sahabat saya yang sakit. Saya lihat ramai pendeta agama lain memberi khidmat kepada pesakit...Ada seorang tua dekat 90 tahun dijaga, dibersihkan, diuruskan, dimandikan oleh sekumpulan pendeta itu..saya cuba dekat dengan pakcik tadi dan belajar buat apa yang pendeta itu buat.Saya suapkan pakcik tadi makan..dan saya berbual dengannya..saya belajar bantu mana-mana yang termampu.Pakcik tinggal mana. Saya duduk di situ sudah 3 hari tapi tiada sesiapa menziarahi pakcik tu. Dia pun ceritakan mengenai anak-anaknya. Dia dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anaknya kerana risau ayahnya tidak dapat jagaan jika duduk kampung. Selalunya begitulah bisikan syaitan.Dengan pelbagai penyakitnya. Anaknya cuma datang ambilnya sekali sekala masa hari raya. Itupun lama kelamaan seorang pun tak ambilnya lagi. 

Semenjak dia di hospital, kata nurse tiada siapa menziarahinya. Dia keseorangan dan dibiarkan. Dia selalu kata baik orang-orang agama ini selalu tolong pakcik. Anak pakcik orang Islam pun tak datang tengok pakcik dah..
Dia semakin uzur. Satu malam tengah saya tidur di katil kosong sebelah kawan saya. Saya tengok doktor dan ramai pembantu pergi ke pakcik tadi..Rupanya dia sudah meninggal dunia..
Rupanya masih banyak kisah begini. Anak-anak rasa terpaksa jaga ibu ayah. Sehingga terpaksa letak ibu ayah ke tempat penjagaan orang tua. Dan bila masuk hospital sampai hati tak ziarah sehingga meninggal dunia..wahai anak-anak semua termasuk diri saya di mana hati kita? Mereka tidak minta tua dan sakit. Dulu kita sakit mereka cium-cium kita. Kita muntah atau cirit birit mak ayah kita bersihkan. Mereka menangis kasihan pada kita. Mereka bersihkan najis dengan mata bergenang kerana sayang. Mereka pujuk kita. Hari ni bila nasb mereka begini. Anak takut dan geli dengan ibubapa. Biarkan orang lain jaga. Jika kita anak geli bagaimana orang lain..Mereka akan buat lebih kurang.. Kita khidmat sambil marah-marah. Kita buat muka dengan orang tua. Berbincang siapa nak jaga mereka depan mereka. Seperti mereka tiada perasaan. 

Mereka mak ayah kita. Saya lihat banyak mak ayah terpaksa lupakan perasaan mereka demi anak-anak masuk syurga. Sebab anak-anak hari ini ramai yang tidak pandai jaga perasaan orang tua mereka...tidak tahulah masa akan datang. Anak hari ini tengok cerita remaja barat yang menunjukkan anak-anak perlukan kebebasan..Ibubapa jadi bahan ketawa dan gurauan. Orang tua bodoh. Orang tua kuno...Ya Allah maafkanlah kami.
Ibubapa jaga anak-anak sehingga anak berjaya dan mereka bahagia melihatnya.<br />Tapi anak-anak jaga mak ayah hanya tunggu sehingga ibubapa meninggal dunia. Itulah nilai cinta kasih sayang ibu dan ayah.
Sayangilah ibu ayah. Seorang dukung ibunya semasa tawaf. Bertanya Abdullah Ibnu Umar. Adakah aku sudah membalas jasa ibuku dengan dukung ibu yang sudah tua ini. Jawab Abdullah Ibnu Umar ra kamu belum bayar walaupun satu urat ibu kamu yang putus semasa melahirkan kamu.

Friday, 5 September 2014

Laporan Siasatan Awal MH17 Dikeluarkan 9 September Ini


Laporan Siasatan Awal MH17 Dikeluarkan 9 September Ini | KUALA LUMPUR - Lembaga Keselamatan Belanda akan mengeluarkan laporan siasatan awal berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada 9 September. 

Lembaga itu berkata laporan awal itu boleh diperoleh melalui laman webnya, www.safetyboard.nl pada 10 pagi waktu Amsterdam. 

"Laporan awal itu akan membentangkan maklumat sebenar berdasarkan sumber yang ada dengan Lembaga Keselamatan Belanda. 

"Dalam bulan-bulan yang akan datang, siasatan seterusnya diperlukan sebelum laporan muktamad boleh ditulis. Lembaga Keselamatan Belanda menjangka untuk menerbitkan laporan muktamad itu dalam masa setahun selepas kejadian itu," kata lembaga itu dalam kenyataan dalam laman webnya hari ini. 

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan awal mengenai tragedi itu akan dibentangkan bulan ini oleh jawatankuasa penyiasatan yang berpangkalan di Belanda. 

Tiong Lai berkata, laporan itu penting bagi memberi panduan untuk siasatan lebih mendalam terutama punca sebenar tragedi itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat terbabit. 

"Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yang kita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat," katanya. 

Penerbangan MH17 yang sedang dalam penjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. 

Selain warganegara Malaysia, pesawat itu juga membawa warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. - Bernama


Thursday, 4 September 2014

Trend Bercinta Guna Facebook Menular


Trend Bercinta Guna Facebook Menular | Kalau dulu generasi muda menggunakan kaedah surat-menyurat untuk berbalas mesej cinta, Kini anak muda lebih gemar mencari kekasih melalui laman sosial saja. Baik atau buruk, diri sendiri yang buat keputusan

Tidak dinafikan, hubungan percintaan itu sudah menjadi lumrah dalam hidup terutama dalam kalangan remaja. Anak muda masa kini memang gemar menjadikan gejala bercinta atau berpasangan pada usia muda asalkan hati puas dan diisi dengan kehadiran pasangan sejati. Imbas kembali zaman dulu, bukan mudah berhubung ketika bercinta. Paling mudah sekalipun, hanya dengan menggunakan kaedah berbalas surat untuk bertanya khabar. Disebabkan itu juga, agak lama tempoh diambil untuk mengenal budi pekerti seseorang.

Namun kini, semuanya di hujung jari bahkan anak muda masa kini makin bijak kendalikan laman sosial milik mereka. Hubungan percintaan terjalin bukan melalui perkenalan di depan mata tapi hanya menggunakan media sosial seperti Facebook sebagai langkah permulaan. Kalau difikirkan dari segi positif, tindakan ini memang bagus kerana ia dapat menghubungkan dua insan yang mempunyai ciri-ciri, impian dan kriteria yang sepadan untuk dijadikan pasangan.

Dengar memang tampak mudah dan cepat tapi disebabkan banyak tipu helah yang boleh dicipta, agak sukar untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam hubungan itu lebih-lebih golongan remaja yang kurang cerdik dalam membuat keputusan.

Dalam erti kata lain, pasangan di alam maya ini bukan semua yang berkelakuan jujur dan boleh dipercayai bahkan ada juga yang senyap-senyap pasang perangkap pada mereka yang tidak berhati-hati.

Ada baiknya

Memang menarik dan seronok jika terjumpa kekasih hati di laman sosial. Apa yang menariknya, si dia bersifat misteri justeru memerlukan kita berusaha untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Bukan itu saja, kecanggihan teknologi membolehkan kita berhubung dengannya hampir setiap masa tanpa mengira kesibukan tugas ataupun hal lain kerana hubungan cara ini tidak memerlukan perjumpaan secara bersemuka sebaliknya hanya virtual saja.

Bukan itu saja, anak muda yang mempunyai minat sama tidak perlu bersusah payah untuk membelanjakan wang demi berjumpa dengan pasangan alam maya. Ini kerana tempoh berkenalan hanya bergantung pada Internet saja. Paling menarik, generasi muda yang biasanya pemalu boleh menangkis sifat itu dengan mengamalkan teknik berkenalan alaf baru ini bahkan terdapat kebarangkalian untuk mengenal pasangan yang tinggal jauh dari tanah air.

Bagi remaja yang berkenalan dengan pasangan di negeri lain, bukan mudah untuk berjumpa kerana ia memakan perbelanjaan selain perlu memilih waktu sesuai untuk berjumpa. Dengan adanya laman sosial, hari-hari boleh berhubung atas talian sakan tanpa perlu risaukan kos dan perbelanjaan. Siapa kata cinta laman sosial kurang menarik?

Pelajar universiti swasta, Muhd Afiq, 19, berpendapat percintaan di laman sosial ini memang seronok. Katanya, di laman sosial seperti Facebook dan juga WeChat, boleh bertemu ramai calon kekasih dan buat pilihan yang betul kerana tiada batasan.

�Memang mudah untuk mengenali seseorang dengan ringkas di laman sosial. Semuanya berlaku dengan cepat dan tiada batasan dalam tempoh perkenalan. Sepanjang pengalaman saya, memang ramai gadis yang tidak sombong bahkan kami seronok berbalas mesej di atas talian tidak kira siang dan malam.

�Saya juga punyai kekasih hati hasil pertemuan di laman sosial. Tidak seperti yang orang lain katakan, kalau kita memang berniat baik terhadap seseorang, memang si dia akan berbuat demikian pada kita juga. Justeru, sekarang ini saya rasa selesa mencari pasangan di laman sosial saja,� katanya.

Keburukan

Bukan semua yang kelihatan baik itu baik kerana apa yang jarang dilihat itulah yang menjadi keburukan. Contohnya, cinta laman sosial mungkin kelihatan menarik dan mudah tapi pada masa yang sama, tiada cara lain untuk mengetahui motif sebenar pasangan kita. Mungkin dia hanya berniat mempermainkan kita atau sekadar hanya suka-suka. Kita sendiri tiada cara untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Jujur macam mana sekalipun, di laman sosial macam-macam hal boleh berlaku.

Selain itu, pertemuan di laman sosial ini boleh dikaitkan dengan sikap anak muda yang terdesak dan agresif. Mana tidaknya, jika seseorang itu ditolak cintanya, tidak mustahil dia akan bertindak ganas iaitu mengancam pasangan ataupun melontarkan kata-kata keji melalui statusnya di Facebook.

Berdasarkan kajian penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan, Dr Ajif Narib menyatakan bahawa gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami berikutan putus cinta. Bukan itu saja, sesetengah remaja terutamanya wanita akan bertindak luar biasa seperti tindakan membunuh diri dan melukakan anggota badan.

Lagipun, percintaan melalui laman sosial ini mempunyai beberapa kemusykilan, antaranya cinta yang dilafazkan itu tidak bererti apa-apa bahkan ada kebaikan remaja yang dipergunakan untuk kepentingan peribadi. Contohnya, pasangan akan kerap kali meminta tambah nilai untuk telefon pintar sehingga mencecah ratusan ringgit sepanjang tempoh perkenalan. Akhirnya, si dia rasa bosan dan buat keputusan memutuskan hubungan selamanya.

Pengalaman berkenaan dikongsi Siti Delaila, gadis berusia 21 tahun berhubung percintaan di laman sosial.

Katanya, rata-rata lelaki yang mendekatinya di alam maya kebiasaannya bersikap terburu-buru dan tiada adab.

�Lelaki yang ingin mengenal saya kebiasaannya bersikap terdesak bahkan seperti terburu-buru mengajak saya keluar walaupun tidak sampai 30 minit berkenalan.

�Sepanjang pengalaman saya, kebanyakan lelaki di laman sosial ini tidak bersikap jujur bahkan ada yang sudah memiliki kekasih hati tapi masih ligat ingin bercinta dengan orang lain. Justeru, saya banyak mengambil langkah berhati-hati seperti mengenal dulu budi pekerti seseorang sebelum boleh terima pelawaannya untuk keluar bersama.

�Kalau nak bercinta di laman sosial ini memang perlu berhati-hati kerana kita tak tahu niat sebenar seseorang itu sama ada dia ikhlas atau berniat buruk terhadap kita. Tapi apa yang pasti kita perlu pandai kawal tindakan sekiranya dikecewakan. Bukan apa, banyak kes anak muda cederakan diri sendiri malahan sudah berani memasang niat ingin bunuh diri,� katanya.

Kes yang meningkat

Statistik menunjukkan 34 peratus dari jumlah pengguna Facebook di Malaysia adalah dalam kalangan generasi muda yang berumur antara 18 tahun hingga 24 tahun. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh laman web �Pingdom� pula, Malaysia menduduki tangga ke-11 pengguna Facebook teramai pada tahun 2010. Ini menunjukkan laman sosial seperti Facebook kini makin mendapat tempat di hati setiap anak muda khususnya untuk berhibur atau bercinta.

Dalam pada itu, jumlah kematian berpunca dari kes bunuh diri mencecah hampir sejuta orang setiap tahun seperti kenyataan yang direkodkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di Malaysia, laporan yang dikeluarkan Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan sejak tahun 2007 hingga 2009 menunjukkan sebanyak 731 kes bunuh diri didaftarkan. Ia berkaitan dengan kekecewaan dalam percintaan sama ada di dunia nyata ataupun di alam maya seperti di Facebook. Ini menunjukkan ramai sekali remaja yang tidak berfikir dengan matang dan rasional sebaliknya hanya mengikut kehendak nafsu dan perasaan.

Manakala data yang dipetik dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam usaha membantu menangani kes ini, mendakwa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh diri sehari di Malaysia disebabkan kekecewaan dalam percintaan.

Tuesday, 2 September 2014

The Security Of Israel - Mahathir


The Security Of Israel - Mahathir | Saya menonton siaran mengenai pengeboman Israel ke atas Gaza melalui televisyen. Lebih daripada 2,000 orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, orang tua, orang sakit telah terbunuh, manakalah 6,000 yang lain cedera. Bandar Gaza diranapkan, tertimbus di bawahnya jasad rakyat Palestin yang tidak diketahui jumlah sebenar. Bau kematiaan dihidu di rata-rata tempat.

2. Tetapi Netanyahu mengumumkan ia akan terus menyerang Gaza untuk keselamatan Israel. Dan Amerika menyokong pembunuhan besar-besaran ini supaya Israel selamat.

3. Bagaimana pula dengan keselamatan Palestin. Bukankah mereka juga patut diselamatkan?

4. Pihak Barat membuat helah kononnya Palestin tidak perlu dijamin keselamatan mereka kerana Palestin adalah pengganas. Nyawa rakyat awam tiada hak untuk diselamatkan. Bayi, orang tua dan sakit semuanya pengganas dan perlu dibunuh. Selagi semua rakyat Palestin tidak dihapuskan selagi itu Israel tidak mahu berasa selamat.

5. Jika skala keganasan dapat diukur, sudah ternyata Palestin lebih risau dengan keganasan Israel berbanding Israel risau dengan serangan Palestin. Pihak Israel membuat kenyataan umum bahawa mereka tidak takut dengan Palestin dan perang ini.

6. Jadi, siapa yang rasa tidak selamat? Siapa yang perlukan jaminan keselamatan? Sudah tentulah rakyat Palestin. Tetapi demokrasi hebat acuan Barat telah menghalalkan pembunuhan besar-besaran oleh Israel itu. Maka, pembunuhan akan berterusan.

7. Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun ini, mereka telah diserang bertalu-talu. Bukan sahaja kedaulatan mereka diancam, malah mereka juga dinafikan hak mendapat bekalan ubatan, makanan, dan bahan binaan bangunan. Mereka tidak dapat membina semula rumah yang dimusnahkan oleh Israel, dan tiada tempat berlindung semasa musim sejuk.

8. Mengapa Palestin menolak gencatan senjata?! Mudah. Kerana sebaik gencatan senjata tamat, Israel akan terus menyerang Gaza. Tiada apa faedah yang akan tercapai melalui gencatan senjata yang dapat membalas pengorbanan rakyat Palestin.

9. Pengeboman Israel sepatutnya dihalakan kepada pelancar roket dan terowong rahsia. Tetapi yang diserang oleh Israel adalah sekolah dan hospital. Tiada bukti kukuh yang dapat menyokong alasan Yahudi itu. Keseluruhan bandar musnah. Bolehkah kita percaya propaganda Yahudi kononnya keseluruhan bandar yang musnah itu penuh dengan roket Gaza? Apa yang pasti, bandar yang musnah itu padat dengan nyawa orang awam, dan sekarang mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu. Ternyata, bom dan roket Israel telah tersalah sasaran, dan membunuh bayi, orang tua, dan orang sakit.

10. Dalam masa lain, Israel turut menyerang sekolah dan pusat perlindungan yang dibina oleh PBB di mana kanak-kanak sedang belajar dan tidur. Adakah Israel mahu tuduh PBB sengaja meletakkan sekolah mereka berhampiran dengan tempat simpanan roket Gaza? Kita tahu PBB tidak boleh diharap, dan lemah.. tapi kita tahu PBB tidaklah sebodoh itu.

11. Faktanya adalah selepas penemuan tiga mayat Israel, Netanyahu berjanji untuk menghukum Palestin. Dia tidak berjanji untuk mencari pembunuh itu; tetapi hanya berjanji untuk membunuh Palestin; termasuklah kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang sakit. Dan sekarang kita semua dapat lihat dia lakukannya. Lebih 2,000 orang Palestin untuk nyawa 3 orang Israel tidak mencukupi. Israel mahu membunuh lebih dari itu, kemungkinan besar genosid (penghapusan etnik)

12. Israel lupa bahawa rakyat Eropah telah melakukan penghapusan etnik Yahudi pada masa lampau.. dan Yahudi lari bersembunyi di negara-negara Islam. Mereka tinggal bersama orang Arab, Islam dan Kristian dengan aman dan harmoni. Yahudi Jerman yang lari semasa perang dunia ke-2 ke Perancis telah diselamatkan oleh orang Muslim di Perancis, dan diberikan nama-nama Islam supaya identiti mereka dilindungi. Sejarah turut membuktikan semasa penaklukan tentera Kristian di negeri Islam terakhir di Sepanyol (Granada).. dan mereka diberi pilihan samada memeluk Kristian, keluar dari Sepanyol atau dibunuh, orang Islam dan Yahudi bersama-sama memilih untuk keluar daripada Sepanyol dan tinggal bersama di Moroko, Algeria dan Mesir tanpa sebarang masalah. Tiada Yahudi yang dibiarkan tinggal di petempatan haram di negara-negara Islam, mereka diberi layanan yang baik.

13. Dan sekarang, demi �keselamatan Israel�, mereka lancarkan perang berskala besar ke atas semua negara Arab yang berikan bantuan kepada Palestin. Ironi; untuk balas dendam pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi Jerman, mereka balas dendam terhadap masyarakat Arab.

14. Orang Palestin telah lancarkan roket dan gali terowong untuk menyerang Israel. Tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan senjata canggih Israel, kereta kebal, misil balistik, dan UAV (kapal tanpa juruterbang) Israel dan bantuan Amerika

15. Dan Israel diberikan berbilion dollar serta senjata oleh Amerika. Untuk apa? Untuk berperang dengan Palestin. Maka, sudah tentulah Gaza mempunyai hak untuk menjaga keselamatan mereka. Tiadakah hak untuk mereka mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri sendiri dan negara mereka?

16. Obama dan Cameron, ketua negara yang menghasilkan raksasa Yahudi, telah memberikan lampu hijau untuk penghapusan etnik Palestin dan Arab. Tidak menghairankan kerana pada masa lampau, negara ini menyelesaikan masalah mereka melalui pembunuhan, dan merampas tanah orang lain dan kini mengaku kononnya itu tanah mereka.

Monday, 18 August 2014

Ramai Tertipu Tabung Gaza


Ramai Tertipu Tabung Gaza | TINJAUAN Sinar Harian di laman sosial mendapati ramai yang berkongsi cerita mengenai aktiviti mencurigakan berhubung tabung Gaza.

Pengguna media sosial mula mempersoalkan kewujudan tabung derma yang dipercayai tidak berdaftar.
Satu blog menceritakan bagaimana seorang lelaki dikenali sebagai saudara K melihat sendiri perbuatan yang menimbulkan syak wasangka berkaitan tabung Gaza.

�Terdapat empat tabung diletakkan di luar surau (Menara Lembaga) Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Empat tabung tersebut diletakkan secara berdekatan, anggaran jarak adalah sejauh 10-20 meter antara satu sama lain.

�(Tabung itu) seperti dijaga beberapa orang berpakaian kemeja-t hitam tertera (tulisan) Free Palestine berwarna putih, dan berseluar jean sedikit koyak. Beberapa minit selepas itu, dua tabung dibungkus dan tinggal dua tabung lagi,� menurut entri dalam bloglist-malaysia.blogspot.com itu.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Nadiah Mohd Sarifuddin menyifatkan rakyat Malaysia sangat bermurah hati dengan terus menderma tanpa keraguan.

�Mereka (peminta derma) buat kutipan derma di pasar malam, pasar raya, depan bank, dan di tepi kaki lima sambil memakai mafela. Tetapi, kesahihan derma (sama ada) akan disampaikan (kepada) rakyat Gaza memang tidak pasti,� katanya berkongsi pendapat.

Seorang lagi pengikut di laman sosial berkata, jika seseorang itu berniat baik ingin menyalurkan bantuan, mereka harus menggunakan medium dan cara yang betul.

�Hanya ALLAH yang tahu niat kita derma untuk Gaza tapi diselewengkan. Ada yang minta derma, masuk kedai dan katanya derma ikhlas tabung Gaza, tetapi apabila kita tanya dan tidak bagi derma, mereka akan buat muka tidak puas hati.

�Selepas itu, (terus) beredar. Rakyat Malaysia kalau pasal menderma memang murah hati, sebab itu ramai yang ambil kesempatan,� katanya.

Sumber - Sinar